Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN MUALLAF CENTRE Featured

(0 votes)

Pada 02 Disember 2018, satu lawatan tapak projek Pembangunan Muallaf Centre telah diadakan di atas tanah wakaf Lot PT 518 Mukim Kok Keli, Tumpat Kelantan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) Wakaf MAIK Muamalat.

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, telah berkenan berangkat ke tanah wakaf ini bagi memantau sekitar tapak projek Pembangunan Muallaf Centre. Turut hadir mengiringi adalah Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid (Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad), Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi (Timbalan Yang DiPertua MAIK), Yang Amat Berusaha Dr. Luqman Haji Abdullah (Jabatan Fiqh Dan Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), Yang Amat Berusaha Encik Mohd Hafiz Haji Fauzi (Ketua Jabatan Dakwah, Wakaf & Zakat BMMB), Yang Amat Berusaha Encik Nik Mohd Hashim Abd Hamid (Pengurus Serantau Utara BMMB), Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan Bin Ubaidah (Ketua Pegawai Pembangunan MAIK) dan Sekretariat JPB Wakaf MAIK Muamalat. Antara yang turut hadir adalah Yang Amat Berusaha Encik Rosnazli Bin Haji Amin (Ketua Jajahan Jajahan Tumpat), dan pihak Majlis Perbandaran Daerah Tumpat.

Tujuan Pembangunan Muallaf Centre ini adalah sebagai “One Stop Centre” kepada saudara baru Islam yang merangkumi pusat perlindungan dan penjagaan, pembangunan muallaf, bimbingan dan kaunseling serta kebajikan muallaf. Kos pembangunan ini akan menggunakan sumbangan wakaf daripada orang ramai menerusi Wakaf MAIK Muamalat.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK dan Bank Muamalat Maysia Berhad (BMMB) mengalu-alukan orang ramai untuk turut sama menjayakan projek pembangunan ini dengan menyalurkan sumbangan Wakaf MAIK Muamalat melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad: 03010006345710. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah menyalurkan sumbangan wakaf dan semoga kalian sentiasa dirahmati Allah.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Read 1016 times

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
362
736
4854
4674424
12100
15292
4683251