Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN PEWAKAFAN TANAH

 

Pada 2 November 2017, satu Majlis Menandatangani Dokumen Pewakafan Tanah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan..

Yang Amat Berbahagia Dato’ Dusuki Bin Ahmad dengan suci hati telah mewakafkan tanah milik beliau yang terletak di Kampung Kok Pasir, Mukim Kok Keli, Jajahan Tumpat untuk diletakkan dibawah kawalan MAIK bagi tujuan kebajikan akhirat. Tanah yang diwakafkan ini akan dimanfaatkan sebagai Muallaf Centre iaitu pusat transit bagi saudara baru.

Dalam majlis ini, Yang Amat Berbahagia Dato’ Dusuki Bin Ahmad telah menandatangani Surat Cara Wakaf dan borang-borang pindah milik tanah Kanun Tanah Negara. Pewakafan ini telah disaksikan oleh Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad (Mufti Negeri Kelantan), Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abdul Hadi (Timbalan Yang DiPertua MAIK), Yang Berusaha Encik Rusydee Bin Abdullah (Setiausaha MAIK), Yang Berusaha Encik Rosli Bin Mohamed (Penolong Pentadbir Tanah Jajahan Tumpat), Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz Hana Pizi Bin Abdullah (Imam Besar MAIK), dan Encik Che Dir Bin Ibrahim.

Pihak MAIK mendoakan pewakaf, seluruh keluarga dan sahabat pewakaf akan mendapat rahmat dan ganjaran pahala berganda dan berkekalan oleh Allah S.W.T.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

KUNJUNGAN HORMAT PIHAK KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) KE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

 

Pada 10 Ogos 2017, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4 MAIK.

Dalam pertemuan ini, Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang DiPertua MAIK mengalu-alukan kunjungan daripada pihak KIAS untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan dalam meningkatkan kecekapan pentadbiran pengurusan pelajar dan pembangunan pendidikan KIAS serta cadangan pelaksanaan pembangunan wakaf.

Kunjungan pihak KIAS diketuai oleh Yang Berusaha Profesor Dr Ab Aziz Bin Mohd Zin, Ketua Eksekutif KIAS yang hadir bersama Dr Yeop Hussin Bin Bidin (Timbalan Ketua Eksekutif), Puan Norizan Binti Ismail (Timbalan Pendaftar), Encik Arinoor Bin Arifin (Penolong Pendaftar Kanan Kewangan dan Aset), Ustaz Muhammad Amiri bin Ab Ghani (Ketua Pegawai Korporat), Ustaz Zahari Bin Ismail (Penolong Pendaftar Kanan Kemasukan dan Rekod) dan Puan Nurassyikin binti Nordin (Sekretariat Bahagian Korporat). Antara yang turut hadir adalah Al-Fadhil Ustaz Murtadha Bin Abdullah (Ketua Pegawai Agama MAIK), Al-Fadhil Ustaz Mahamad Azmi Bin Zakaria (Pegawai Pengurusan Sumber) dan wakil daripada unit wakaf MAIK.

Diharapkan dengan kunjungan ini akan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara MAIK dan KIAS dalam membangunkan pengurusan Institusi pendidikan Islam yang lebih tersusun dan efisyen.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN WAQAF TUNAI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

 

Pada 5 Julai 2017- satu Majlis Penyerahan Sumbangan Waqaf Tunai telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Penyerahan sumbangan Waqaf Tunai ini telah disampaikan oleh pewakaf iaitu Tuan Haji Zakaria Bin Wahab sebanyak RM20,000 bagi manafaat Pembangunan Pondok Bunut Payong. Dalam majlis yang sama, sumbangan waqaf tunai sebanyak RM1,000 turut diserahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Muhaimin Bin Yahya, Imam Tua Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Bandar Kuala Krai sebagai wakil kepada pewakaf.

Majlis penyerahan sumbangan waqaf tunai dan penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Razak Bin Husein, Pegawai Baitulmal MAIK.

Seterusnya, doa telah dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Ridhwan Bin Abd Rahman, Pegawai Zakat MAIK.

Antara yang turut hadir dalam majlis tersebut adalah anak kepada pewakaf dan Alfadhil Ustaz Armin Azahari Bin Mamat, Imam Tua Masjid Sultan Muhammad I, Jeli. Pihak MAIK mengucapkan penghargaan kepada pewakaf yang telah melaksanakan wakaf dan semoga pewakaf, seluruh keluarga serta sahabat pewakaf mendapat keberkatan dan mendapat ganjaran pahala berterusan dan berpanjangan oleh Allah s.w.t.

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

MAJLIS PENYERAHAN WANG ISTIBDAL TANAH PERKUBURAN ISLAM

 

Pada 20 April 2017, satu Majlis Penyerahan Wang Istibdal Tanah Perkuburan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Setiausaha MAIK, Encik Rusydee Bin Abdullah. Dalam ucapannya perasmiannya, Tuan Setiausaha menyatakan bahawa Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah pengawal utama hartanah wakaf dan sentiasa cakna dengan keperluan umat Islam termasuk kegunaan tanah perkuburan Islam. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan tertinggi MAIK telah meluluskan permohonan keperluan anak Mukim Taman Guru untuk kos pembelian tanah perkuburan berjumlah RM108,000.00 dan permohonan anak Mukim Gual Tinggi untuk kos menambun tanah perkuburan sebanyak RM160,000.00.

Yang Berusaha Tuan Setiausaha turut menyatakan peruntukan pembelian tanah dan penambunan tanah ini adalah dari Wang Istibdal Wakaf Khas perkuburan di Jalan Hamzah.

Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaaan dan terima kasih daripada wakil Jawatankuasa Perkuburan Tok Basa Taman Guru Kota Bharu, YBhg Dato’ Dr Haji Zainuddin Bin Haji Ibrahim dan wakil Jawatankuasa Tanah Perkuburan Raudhatus Sa’adah Rantau Panjang, Haji Mohamad Fadeli Haji Harun.

Pihak MAIK mengharapkan pihak pengurusan perkuburan akan melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini dengan sempurna untuk manfaat dan kepentingan umat Islam.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

MAJLIS PENYERAHAN HASIL WAKAF KEPADA MASJID AL-FALAH

Pada 19 April 2017, satu Majlis Penyerahan Hasil Wakaf kepada Masjid Al-Falah telah diadakan di Masjid Al-Falah Wakaf Siku Kota Bharu. Majlis penyerahan ini dimulakan setelah hadirin jemputan termasuk kakitangan MAIK dan ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Al-Falah selesai solat zohor berjemaah.

Tuan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Falah iaitu Dr Fathi bin Abdullah mengucapkan rasa syukur dan berbesar hati diatas kesudian pihak MAIK hadir ke Masjid Al-Falah untuk solat berjemaah bersama dan penyerahan hasil wakaf.

Seterusnya, Yang Amat Berusaha Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang DiPertua MAIK telah menyampaikan ucapan dan mengucapkan tahniah kepada Masjid Al-Falah kerana berjaya mengimarah dan mengurus masjid dengan baik. Yang Amat Berusaha Timbalan Yang DiPertua MAIK juga turut memaklumkan wang yang diagihkan ini adalah hasil niat pewakaf terdahulu yang mewakafkan tanah dan hasil manfaatnya masih berpanjangan walaupun pewakaf sudah meninggal dunia.

Penyerahan mock cek berjumlah RM9,736.60 ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Timbalan Yang DiPertua MAIK kepada wakil Jawatankuasa Masjid Al-Falah yang diiringi oleh Yang Berusaha Setiausaha MAIK, Encik Rushdee Bin Abdullah dan Encik Nik Jessim Bin Nik Hashim, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK.

Pihak MAIK mengharapkan hasil wakaf ini akan dimanafaatkan dengan sempurna oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Falah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada pewakaf-pewakaf yang telah berwakaf.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Operasi Kutipan Sewa Tanah Wakaf dan Baitulmal bagi tahun 2017

Pada setiap tahun, Unit Wakaf dan Baitulmal telah mengadakan operasi kutipan sewaan tanah di tapak lokasi bermula pada 6 sehingga 28 Mac 2017 bagi 557 orang penyewa yang meliputi jajahan Kota Bharu dan Pasir Mas.

Persediaan awal bagi operasi ini telah dijalankan bermula pada bulan Febuari dengan menghantar surat makluman, hebahan melalui khutbah jumaat di masjid-masjid kawasan operasi, serta pemasangan kain rentang operasi kutipan sewa di lokasi-lokasi yang terlibat. Antara lokasi yang terlibat dalam operasi ini adalah Kampung Bunga Mas Penambang, Kampung Siti Manis, Sungai Keladi,Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kampung Kasa Pasir Mas.

Pembukaan Kaunter Bayaran Sewaan Tanah di tapak lokasi bukan sahaja untuk membuat pembayaran, malah ia dibuka untuk perkhidmatan semakan jumlah sewaan semasa, tunggakan sewaan, pengemaskinian profil, dan mendapatkan aduan daripada penyewa. Pendekatan kedua dalam operasi ini adalah kutipan sewaan tanah dari rumah ke rumah oleh petugas-petugas “Task Force”.

Pada masa yang sama, promosi waqaf tunai turut diadakan dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk dan masyarakat setempat. Secara tidak langsung, promosi zakat turut dijalankan dengan penggunaan van zakat MAIK semasa operasi ini dijalankan.

Pihak MAIK sentiasa mengalu-alukan penyewa-penyewa berdaftar MAIK untuk hadir ke Kaunter Wakaf dan Baitulmal MAIK pada hari dan waktu bekerja untuk membuat pembayaran sewaan dan seterusnya menggalakkan masyarakat Negeri Kelantan untuk membuat sumbangan Waqaf Tunai MAIK.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Lawatan Ke Tanah Wakaf di Kampung Jejabi Kota Bharu Kelantan

Pada 8 Mac 2017, satu lawatan tanah wakaf telah diadakan di Kampung Jejabi Mukim Banggu Kota Bharu yang dihadiri oleh Yang Amat Berusaha Timbalan Yang DiPertua MAIK, Dr Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi bersama Yang Berusaha Setiausaha MAIK, Encik Rusydee Bin Abdullah, Ketua Pegawai Pembangunan, Encik Nik Jessim Bin Nik Hashim, Pegawai Wakaf, Pegawai dan Penolong Pegawai Audit Dalaman MAIK. Lawatan ini turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA Kelantan) iaitu Encik Johari Yap.

Lawatan Kerja Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam Pemantapan Pengurusan Hartanah Baitulmal dan Wakaf

#

Pada 22 Februari 2017, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima rombongan lawatan kerja Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Lawatan kerja ini disertai oleh 15 orang kakitangan Bahagian Pengurusan MAL yang diketuai oleh Encik Mahari Bin Abdul Rahman iaitu Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan MAL, MAIDAM.Rombongan MAIDAM disambut baik oleh pihak MAIK yang diwakili oleh Encik Nik Jessim Bin Nik Hashim, Ketua Pegawai Pembangunan dan kakitangan MAIK. Objektif lawatan kerja ini adalah untuk bertukar pandangan antara MAIDAM dan MAIK dalam pengurusan hartanah, pungutan sewaan, penamatan sewaan dan tindakan undang-undang.

Antara pengisian lawatan ini adalah pembentangan gerak kerja pengurusan baitulmal, wakaf, pengurusan projek, undang-undang dan penilaian oleh pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan MAIK dan seterusnya sesi soal jawab dan bertukar pandangan berkaitan pelaksanaan kerja kedua-dua belah pihak.

Semoga lawatan kerja ini akan terus memberi inspirasi kepada MAIDAM dan MAIK dalam pemantapan pengurusan hartanah baitulmal dan wakaf, dan seterusnya hubungan baik antara MAIDAM dan MAIK akan terus terjalin.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
119
492
2934
4678397
15184
15292
4686335