Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

Premis Untuk Disewa di Jalan Dato' Lundang, Kota Bharu, Kelantan

#

Satu (1) Unit premis untuk disewa yang terletak di No. 1552D tingkat atas Di Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu Kelantan

Premis ini berada di Lokasi Strategik di:

  1. kawasan pusat Bandar Kota Bharu dan Kubang Kerian
  2. berhampiran dengan pelbagai kemudahan utama
  3. linkungan kawasan pejabat-pejabat kerajaan, premis / gudang perniagaan, penduduk yang ramai, kemudahan parkir kenderaan dan lain-lain

Sesiapa yang berminat, boleh terus menghubungi Unit Wakaf MAIK di talian 09-7481512 atau 013-7508363

Kekosongan Premis Wakaf MAIK

#

Kekosongan premis wakaf di sekitar Jajahan Kota Bharu Kelantan. Berminat? Hubungi kami :

UNIT WAKAF

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,

Kompleks Islam Darul Naim , Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra

15200 Kota Bharu Kelantan 

No. Telefon : 09-748 1512 atau Whatsapp : 013-7508366

Premis Perniagaan di Jalan Wakaf Siku, Kota Bharu Kelantan

#

Premis perniagaan yang terletak di Jalan Wakaf Siku, Kota Bharu merupakan premis di bawah kawalan MAIK yang dimanfaatkan untuk sewaan kepada penyewa yang terpilih. Hasil sewaan premis ini akan disalurkan kepada Surau Al-Falah sebagaimana niat asal pewakaf tanah ini.

Premis Kediaman Pintu Geng, Kota Bharu

#

Antara hartanah wakaf dibawah kawalan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan adalah kediaman wakaf yang terletak di Pintu Geng Kota Bharu. Kediaman wakaf ini diberi sewa dengan kadar yang berpatutan dan hasilnya disalurkan kembali untuk kebajikan umat Islam.

Bangunan Perniagaan Di Jalan Che Su

#

Bangunan perniagaan dua (2) tingkat yang terletak di Jalan Che Su Kota Bharu adalah bangunan wakaf yang diberi sewa dan hasil sewaannya disalurkan kepada Tabung Yayasan Pengajian Tinggi (TYPT) yang mana wang daripada tabung ini diagihkan kepada pelajar yang menyambung pengajian ke luar Negara.

Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri

#

Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri merupakan antara pembangunan bagi manafaat kebajikan yang telah dibina diatas tanah Wakaf Sultan Mansor. Sistem pendidikan yang baik di sekolah ini, banyak melahirkan para ilmuan dan pelajar yang berpendidikan tinggi.

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji

#

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP) yang bertempat di Panji, Kota Bharu merupakan hasil cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra. Kompleks ini telah dibina di atas tanah wakaf seluas 11.969 ekar yang diwakafkan oleh al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan. Perasmian kompleks ini telah disempurnakan oleh baginda pada 11 November 2006.

Kompleks ini memainkan peranan penting dalam mempertingkat dan memperkembangkan kerja-kerja kebajikan serta pembangunan ilmu. Kompleks ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu;

  • Dewan Utama
  • Dewan Serbaguna
  • Dewan Makan
  • Asrama anak-anak yatim dan pelajar tahfiz
  • Kuarters kakitangan
  • Bilik-bilik kuliah
  • Musalla

Selain menjadi tempat tumpuan aktiviti-aktiviti keagamaan serta Kelas Saudara Baru, kompleks ini turut menempatkan dua entiti utama yang terdiri daripada penghuni Darul Aitam Putera dan juga Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.

Bangunan Bazar Wakaf Rakyat Kampung Getting Tumpat

#

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sentiasa aktif dalam membantu masyarakat melalui program dan pembangunan yang bermanafaat kepada masyarakat dalam pelbagai sektor ekonomi, keagamaan, sosial dan pendidikan. Pembinaan Bazar Wakaf Rakyat yang terletak di Kampung Getting Tumpat merupakan pendekatan baik yang dilaksanakan kepada golongan asnaf dalam menjana ekonomi keluarga dan seterusnya memupuk kemampuan mereka ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing. Bangunan perniagaan dua tingkat ini disediakan bukan sahaja membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk menjana ekonomi keluarga mereka, malah turut menyalurkan manfaatnya kepada seluruh umat Islam. Antara perniagaan yang aktif dilaksanakan di bazaar ini adalah perniagaan makanan, rumah tumpangan dan kedai serbaneka.

Bangunan Perniagaan Wakaf Zurri Jalan Kelochor Kota Bharu

#

Bangunan perniagaan di Jalan Kelocor Kota Bharu merupakan antara pembangunan yang dibina di atas tanah wakaf . Tanah Wakaf ini telah diwakafkan oleh Almarhum Tengku Kaya Pahlawan yang juga antara pewakaf terawal di Negeri Kelantan iaitu sejak tahun 1921. Bangunan ini telah dimanafaatkan dengan aktiviti kemahiran kepada asnaf dan anak lepasan persekolahan yang berminat melalui Bengkel Jahitan MAIK. Bengkel ini menyediakan pelbagai kemahiran menjahit pakaian lelaki dan wanita termasuk sulaman. Hasil daripada sewaan premis ini diagihkan sebagaimana niat pewakaf Tengku Kaya Pahlawan iaitu 1/10 untuk kebajikan dan 9/10 untuk zuriyat pewakaf ini.

Bangunan Perniagaan Jalan Dato Lundang

#

Premis perniagaan dua (2) tingkat yang terletak di Jalan Dato Lundang Kota Bharu adalah premis wakaf yang diberi sewa, yang mana hasil daripada sewaan premis ini disalurkan untuk kebajikan umat islam

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
412
515
3027
4663542
14090
20710
4669949