Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

PENYERAHAN WAKAF KATIL MENERUSI WAKAF KESIHATAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Pada 12 Oktober 2020, Unit Wakaf MAIK telah menyantuni seorang pesakit iaitu Puan Siti Rahmah Bt Mohd Nor yang tinggal di Kampung Chempaka, Kota Bharu. Puan Siti Rahmah telah diuji dengan penyakit tibi tulang, lumpuh dan terlantar. Bagi mengurangkan beban yang dihadapi oleh Puan Siti Rahmah, sebuah Katil Wakaf telah disampaikan selain daripada bantuan bulanan MAIK untuk memenuhi keperluan beliau.

#

 

Pada hari yang sama, Unit Wakaf MAIK turut menyantuni seorang lagi pesakit terlantar iaitu Puan Hasmah bt Mat Hassan yang tinggal di Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu. Beliau telah diuji dengan lumpuh terlantar, menderita sakit radang sendi, kencing manis, serta darah tinggi. Semoga dengan bantuan Katil Wakaf MAIK dan bantuan bulanan agihan zakat MAIK akan mengurangkan beban beliau serta keluarganya

#

Pihak MAIK mendoakan semoga Puan Siti Rahmah Bt Mohd Nor, Puan Hasmah bt Mat Hassan diberi kesembuhan, dan seluruh keluarganya sentiasa dalam rahmatNya. Pihak MAIK turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Rakan Waqaf MAIK yang telah berwakaf dan menjayakan program Wakaf Kesihatan MAIK ini. Jom sertai Rakan Waqaf MAIK dengan melayari www.e-maik.my dan waqaftunai.e-maik.my. Waqaf Tunai MAIK "Saham Akhirat, Berwakaflah Walau Sedikit".

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

LAWAT SIASAT TANAH WAKAF DAN BAITULMAL DI PULAU TELOK RENJUNA

#

Pada 28 September 2020, lawat siasat tanah telah diadakan di Pulau Telok Renjuna, Jajahan Tumpat oleh kakitangan Unit Wakaf dan Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Lawat siasat ini diketuai oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK, yang hadir bersama Penolong Pegawai Tanah I, II, Penolong Pegawai Baitulmal dan Penolong Pegawai Penilai MAIK, telah menaiki bot di Pengkalan Bot untuk ke Pulau Telok Renjuna bagi memantau status terkini tanah dan potensi pembangunan tanah pada masa akan datang.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

PENGUKURAN TANAH BAGI TUJUAN LALUAN KE TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN PONDOK BUNUT PAYONG

#

Pada 03 Oktober 2020, pengukuran tanah di Kampung Bunut Payong telah dilaksanakan bagi tujuan laluan ke tapak projek pembangunan Pondok Bunut Payong. Projek Pembangunan Pondok Bunut Payong merupakan salah satu projek untuk membangunkan semula pusat pengajian pondok terbesar dan tertua di Negeri Kelantan dengan membina asrama untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Sulamiah.

Kerja-kerja pengukuran ini telah dilaksanakan oleh Penolong Pegawai Tanah I,II, Pembantu Tadbir Imarah Wakaf dan Pembantu Tadbir Wakaf Kubur Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pihak MAIK mengalu-alukan semua pihak yang ingin melaksanakan ibadah wakaf menerusi Waqaf Tunai MAIK dan seterusnya menjayakan projek Pembangunan Pondok Bunut Payong ini. Maklumat terperinci berkaitan Waqaf Tunai dan Projek Pembangunan Wakaf boleh diperolehi melalui laman portal rasmi MAIK www.e-maik.my atau laman sesawang wakaf iaitu waqaftunai.e-maik.my.

Bersama kita berwakaf dengan Waqaf Tunai MAIK, “SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

TAKLIMAT PENDAFTARAN TANAH WAKAF NEGERI KELANTAN (JULAI 2020)

#

Pihak MAIK dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan telah mengadakan siri Taklimat Pendaftaran Tanah Wakaf kepada Imam-imam Masjid Jajahan, Bandar dan Mukim di setiap jajahan Negeri Kelantan. Objektif siri taklimat ini adalah untuk menyampaikan maklumat kaedah pendaftaran tanah wakaf terkini dan memperkasakan peranan imam-imam untuk mengesan tanah-tanah wakaf dalam mukim atau jajahan yang terlibat.

Siri taklimat ini telah dilaksanakan bermula pada 15 Mac 2020 dan berjalan sehingga bulan Jun 2020. Pada bulan Julai 2020, siri taklimat diteruskan lagi di Masjid Bandar Sultan Muhammad III, Pasir Mas (1 Julai 2020), Masjid Ismaili, Tumpat (6 Julai 2020), Masjid Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Gua Musang (7 Julai 2020), Masjid Ismail Petra, Tanah Merah (8 Julai 2020), Masjid Sultan Muhammad I, Jeli (13 Julai 2020), Masjid Muhammad Faris Petra Kuala Krai (14 Julai 2020) dan siri taklimat ini berakhir di Masjid Muhammadi Jajahan Kota Bharu pada 20 Julai 2020.

Taklimat pendaftaran ini telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Azman bin Ghazali (Ketua Pegawai Pembangunan, MAIK), Yang Berusaha Puan Shakirah binti Mohamad (Pegawai Wakaf MAIK), Yang Berusaha Encik Mohammad Hanifa bin Yusoff (Penolong Pegawai Tanah I, MAIK), dan Yang Berusaha Encik Ahmad Azizat bin Mohamad Zahari (Penolong Pegawai Tanah II, MAIK). Taklimat ini juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada Pejabat Tanah Jajahan, Imam-imam masjid jajahan dan mukim yang terlibat.

Semoga siri taklimat ini memberi manfaat kepada imam-imam masjid berkaitan pendaftaran tanah wakaf, sekaligus dan memberi impak positif dalam memperkasakan pengurusan wakaf di Negeri Kelantan.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

TAKLIMAT PENDAFTARAN TANAH WAKAF NEGERI KELANTAN

#

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah badan pengawal tunggal hartanah wakaf di Negeri Kelantan sebagaimana seksyen 60 Enakmen MAIK, bilangan 4 tahun 1994. Sebagai pemegang amanah hartanah wakaf, Unit Wakaf MAIK sentiasa meningkatkan kualiti pengurusannya dalam menjaga amanah pewakaf khususnya dalam pendaftaran tanah wakaf.

Pihak MAIK dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan telah mengadakan siri Taklimat Pendaftaran Tanah Wakaf kepada Imam-imam Masjid Jajahan, Bandar dan Mukim di setiap jajahan Negeri Kelantan. Objektif siri taklimat ini adalah untuk menyampaikan maklumat kaedah pendaftaran tanah wakaf terkini dan memperkasakan peranan imam-imam untuk mengesan tanah-tanah wakaf dalam mukim atau jajahan yang terlibat.

Siri taklimat ini telah dilaksanakan bermula pada 15 Mac 2020 di Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian Kota Bharu yang disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Azman Bin Ghazali, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK. Siri taklimat ini diteruskan di Jajahan Pasir Puteh (22 Jun 2020), Jajahan Bachok (29 Jun 2020) dan Jajahan Machang (30 Jun 2020). Taklimat telah disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan wakil Pejabat Tanah dan Jajahan yang terlibat iaitu Yang Mulia Tengku Sharifuddin Bin Dato’ Tengku Shah Buddin (Timbalan Ketua Jajahan Machang), Yang Berusaha Mohd Kamarulzaman bin Ab Wahab (Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh) Yang Berusaha Encik Mohd Khairul Adzhar Bin Mohd Adnan (Penolong Ketua Jajahan-Pembangunan Tanah dan Pelupusan Jajahan Machang), dan Yang Berusaha Encik Wan Adzmawi Wan Othman (Penolong Ketua Jajahan Bachok).

Siri Taklimat Pendaftaran Tanah Wakaf Negeri Kelantan akan diteruskan di jajahan lain dan semoga siri taklimat ini memberi manfaat dan memberi impak positif dalam memperkasakan pengurusan wakaf di Negeri Kelantan.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
119
736
4611
4674424
11857
15292
4683008