Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

Taklimat Waqaf Tunai Di Sekolah Menengah Ugama (A) Sullamiah Bunut Payong Kota Bharu Kelantan

#

Pada 4 Ogos 2016, satu taklimat Waqaf Tunai telah diadakan di Sekolah Menengah Ugama (A) Sullamiah, Kampung Bunut Payong Kota Bharu Kelantan sempena Mesyuarat Pelajar, Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang disampaikan oleh Ustazah Shakirah Bt Mohamad, Pegawai Wakaf Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Hadirin yang hadir telah dimaklumkan berkaitan Waqaf Tunai MAIK khususnya Projek Pembangunan Pondok Bunut Payong serta kaedah sumbangan yang disediakan untuk berwakaf.

Pihak MAIK mengucapkan penghargaan kepada ibubapa, penjaga, guru-guru dan pelajar yang telah memberi kerjasama, sambutan yang baik dan menggalakkan, khususnya kepada pemberi sumbangan waqaf tunai.

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

Disediakan oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

#
www.flickr.com
                  #
egaleri.kelantan.my

 

 

Promosi Waqaf Tunai Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

#

Pada 27 dan 28 Mei 2016, rakyat Negeri Kelantan sekali lagi telah dimeriahkan dengan program “Karnival Raudhah Di Hatiku TV9” menerusi pelbagai acara, program dan aktiviti-aktiviti menarik bertempat di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bandar Baru Tunjong Kota Bharu Kelantan.

Para pengunjung juga berpeluang untuk membuat sumbangan Waqaf Tunai di Kaunter Unit Wakaf, Booth Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pelbagai maklumat berkaitan Waqaf Tunai dan Projek Pembangunan Pondok Bunut Payong telah disediakan. Pelan “miniature” pembangunan Bunut Payong turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung disamping mendapat cenderahati percuma daripada pihak MAIK.

Pada masa yang sama, bual bicara khas Waqaf Tunai MAIK telah disiarkan secara langsung dari pentas utama Karnival Raudhah menerusi slot rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O’ TV9 bersama Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan.

Sebelum itu, Unit Wakaf juga telah mengadakan “Road Tour Waqaf Tunai” ke setiap Masjid Mukim di Negeri Kelantan untuk memberi taklimat menerusi edaran risalah dan buku resit Waqaf Tunai bermula 10 Mei hingga 31 Mei 2016. Tambahan lagi, satu siri Khutbah Jumaat khas berkaitan Waqaf Tunai turut dibacakan di setiap masjid mukim dan jajahan seluruh Negeri Kelantan pada 27 Mei 2016 bagi menggalakkan amalan berwakaf.

Pihak MAIK mengharapkan sumbangan Waqaf Tunai ini akan terus meningkat dan mengalu-alukan semua pihak untuk menyalurkan sumbangan menerusi kaunter wakaf di pejabat MAIK/di masjid-masjid jajahan, secara online dengan melayari portal MAIK www.e-maik.my dan waqaf.e-maik.my ; atau didebitkan terus ke akaun Bank Islam 03-018-01-016270-3. Pembayaran melalui cek juga boleh dibuat atas nama Majlis Agama Islam Kelantan.

 

Majlis Penyerahan Wang Wakaf Istibdal Bagi Pembelian Tapak Tanah Perkuburan Islam

#

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merupakan badan berkuasa utama yang membantu KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan di dalam semua perkara yang berkenaan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Sehubungan dengan itu, pihak MAIK sentiasa prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam di Negeri Kelantan termasuk kepadatan tapak perkuburan Islam. Antara tapak perkuburan yang telah padat dan perlu pembesaran segera adalah di Kampung Kubang Chenok dan Kubur Tok Panjang, Pasir Mas serta Kampung Alor Tal, Mukim Selehong Selatan, Tumpat

Pada 3 April 2016, satu Majlis Penyerahan Wang Istibdal Bagi Pembelian Tapak Perkuburan Islam telah diadakan di Dewan Tazkirah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Wang wakaf (istibdal) sebanyak RM322,530.00 telah diagihkan kepada wakil Jawatankuasa terlibat bagi tujuan tersebut. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang DiPertua MAIK yang diiringi oleh Yang Berusaha Encik Mohd Azri Abd Rahman, Setiausaha MAIK dan Yang Berusaha Encik Nik Fazul Fazlee Bin Nik Othman, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK.

Pihak MAIK mengharapkan dengan wang wakaf (istibdal) yang disalurkan dapat memenuhi keperluan kritikal untuk pembesaran tapak tanah wakaf perkuburan Islam yang terlibat.

SEMINAR KEWANGAN ISLAM DI UITM KAMPUS MACHANG

#

Pada 25 Februari 2016, pihak Lembaga Tabung Haji telah menganjur aktiviti kelab iaitu Taha@U bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Machang Kelantan bagi meningkatkan pembangunan modal insan yang dinamik dan cemerlang.

Pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah dijemput untuk memberi ceramah didalam salah satu slot Perkongsian Ilmu wakaf dan zakat. Ceramah wakaf telah disampaikan oleh Ustazah Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK di dalam Dewan Profesional UiTM yang dihadiri oleh 700 orang pelajar. Turut hadir adalah pihak Lembaga Tabung Haji, Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan perwakilan pelajar UiTM.

Para pelajar telah didedahkan dengan konsep wakaf, peranan MAIK sebagai pengawal tunggal harta wakaf di Kelantan, aktiviti-aktiviti wakaf serta Waqaf Tunai MAIK. Selain itu, peserta yang hadir turut diberikan risalah berkaitan wakaf dan zakat untuk rujukan seterusnya.

MAJLIS PENYERAHAN HASIL WAKAF MASJID ALFALAH WAKAF SIKU KOTA BHARU

#

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merupakan pengawal tunggal harta wakaf di Negeri Kelantan. Pihak MAIK bertanggungjawab menjaga amanah harta wakaf dan merealisasikan niat pewakaf dan seterusnya mengagihkan semula kepada penerima manfaat berlandaskan hukum syarak dan prosedur yang ditetapkan.

Pada 14 Februari 2016, satu Majlis Penyerahan Hasil Wakaf kepada Masjid Al-Falah Wakaf Siku Kota Bharu telah diadakan di Dewan Tazkirah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Majlis ini disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Doktor Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang DiPertua MAIK, diiringi Encik Nik Fazul Fazlee, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK untuk menyerahkan cek berjumlah RM17,321.17 kepada wakil Masjid Al-Falah iaitu Dr Fathi Bin Haji Abdullah, Pengerusi Masjid Al-Falah.

Pihak MAIK mengharapkan hasil wakaf ini akan dimanfaatkan oleh pihak Masjid Al-Falah dengan dedikasi dan memperkembangkan lagi manfaatnya ke arah yang lebih baik sekaligus menegakkan syiar Islam serta mengembangkan dakwah Islam dengan lebih berkesan.

gambar2

Artikel disediakan oleh: Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

PENGUKURAN DAN PENILAIAN SEMULA TAPAK TANAH WAKAF

#

Pengurusan tanah wakaf di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan meliputi pengurusan pendaftaran tanah wakaf, pewartaan, sewaan premis dan tanah, penguatkuasaan, termasuk pengukuran dan penilaian hartanah wakaf bagi seluruh jajahan di Negeri Kelantan.

Bermula bulan Februari 2016, kakitangan unit wakaf menerusi program ‘task force’ telah ke tapak sewaan tanah wakaf bagi aktiviti pengukuran semula tapak tanah dalam penentuan sempadan tapak kediaman, termasuk penilaian semula binaan rumah dan rentahan tapak. Sekaligus, penguatkuasaan turut dilaksanakan untuk mengutip tunggakan dan sewaan semasa serta mengemaskini profil penyewa berdaftar MAIK di lokasi berkenaan.

Program ini akan diteruskan secara berperingkat untuk 552 orang penyewa berdaftar di 33 lot tapak sewaan seluruh jajahan Negeri Kelantan.

LAWATAN KERJA PERBADANAN WAKAF SELANGOR KE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

#

Pada 10 Januari 2016, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang diwakili oleh dua orang wakil pegawai iaitu Al-fadhil Ustaz Mohd Faiz Reza Bin Mohd Zakri dan Cik Nawal Ashiqin binti Abdul Rahman. Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman pihak MAIK dalam pengendalian harta Wakaf Zurri.

Pihak Perbadanan Wakaf Selangor telah diberi taklimat berkaitan prosedur kerja, pengurusan serta pembangunan hartanah wakaf Zurri yang dijalankan oleh MAIK sebagai pemegang amanah tunggal hartanah wakaf di Negeri Kelantan sebagaimana Seksyen 61 Enakmen MAIK bil 4/1994.

Selepas sesi taklimat, satu lawatan ke tapak pembangunan hartanah wakaf zurri iaitu di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Yahya Petra telah dijalankan. Al-fadhil Ustaz Mohd Sukeri Mohd Nor, Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah memberi taklimat dan penerangan berkaitan penubuhan, fungsi dan kewujudan empat (4) unit di KIJP iaitu pengurusan KIJP, Darul Aitam Putera, Perpustakaan Islam MAIK, dan Maahad Tahfiz Al-Quran.

Diharap melalui kunjungan ini, hubungan serta kerjasama antara dua badan yang menguruskan wakaf dapat memberi impak positif khususnya dalam pembangunan hartanah wakaf.

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
146
736
4638
4674424
11884
15292
4683035