Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

PERBINCANGAN PROSEDUR PENDAFTARAN TANAH WAKAF MAIK BERSAMA KETUA JAJAHAN NEGERI KELANTAN

#

Pada 16 Februari 2014, Unit Wakaf telah mengadakan satu perbincangan bersama Ketua Jajahan Seluruh Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Dato’ Haji Kamarudin Bin Mohd Zin, Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Kertas kerja Prosedur Pendaftaran Tanah Wakaf telah dibentangkan oleh Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Encik Nik Mohamed Noor Bin Nik Ishak, dan Pegawai Wakaf MAIK., Puan Shakirah Binti Mohamad. Perbincangan ini telah memberi ruang kepada Unit Wakaf untuk menyelaras isu-isu penting berkaitan pendaftaran, perizaban dan pewartaan tanah wakaf kepada MAIK sebagai Pemegang Amanah Tunggal Harta Wakaf di Negeri Kelantan.

Perbincangan ini bukan sahaja bakal melancarkan lagi urusan pendaftaran pewakafan tanah malah menepati peruntukan perundangan dalam Kanun Tanah Negara dan juga Enakmen MAIK bil 4/1994.

LAWATAN KERJA PELAKSANAAN WAKAF TUNAI KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

#

25 November 2014 - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan satu Lawatan Kerja ke Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) bagi meninjau pelaksanaan Wakaf Tunai dan Saham Wakaf Johor.

Ahli rombongan MAIK terdiri daripada YABhg. Dato' Penasihat Khas kepada Yang Dipertua MAIK, Dato' Nik Kamaruddin bin Ismail, YB SS Dato’ Mufti Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad , YABhg. Dato' Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dato' Haji Serpudin bin Mohamad dan pegawai-pegawai kanan MAIK. Pihak MAIJ telah menyambut baik lawatan ini yang diwakili oleh YB Dato’ Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Dato Haji Noh Bin Gadot, YB SS Mufti Negeri Johor, Dato Haji Mohd Tahrir Bin Dato Kiai Haji Samsudin, YB SS Dato Timbalan Mufti Johor, Dato; Haji Yahya Bin Ahmad, pegawai serta kakitangan MAIJ yang lain.

Perbincangan bersama telah diadakan diantara MAIK dan MAIJ. Menerusi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak dapat berkongsi idea dan pandangan dalam perkembangan pembangunan wakaf serta aktiviti-aktiviti yang telah diadakan. Selepas perbincangan,pihak MAIK berpeluang mengadakan lawatan tapak ke Pusat Pembangunan Asnaf, Pusat Hemodialisis dan Pusat Pelindungan Wanita. Di kesempatan ini juga, Mufti Negeri Kelantan dan Johor telah mentahnik dua bayi yang baru dilahirkan di Pusat Perlindungan Wanita.

Diharap menerusi lawatan ini, MAIK dan MAIJ dapat menjalinkan ukuwah dan kerjasama yang erat seterusnya membawa MAIK kearah yang lebih dinamik, progresif dan inovatif terutama di dalam pengurusan wakaf

LAWATAN BAZAR WAKAF RAKYAT BERSAMA FELDA

#

Pada 16 dan 17 April 2014, satu lawatan Bazar Wakaf telah diadakan di Kemahang 2 Tanah Merah, Chiku1 dan 7 Gua Musang, yang dihadiri oleh Pegawai-pegawai FELDA, diketuai oleh Ustaz Ahmad Thohir Bin Long dan kakitangan MAIK dari Unit Wakaf.

Lawatan ini dijalankan susulan daripada Mesyuarat Pelarasan Bazar Wakaf Rakyat bersama Yayasan Wakaf Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur yang bertujuan untuk memantau perkembangan operasi Bazar Wakaf, penyelarasan akaun serta pengurusan aset Bazar wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Kewujudan Bazar Wakaf Rakyat di Kawasan Masjid Mukim ini dilihat telah mencapai maksud terutama dalam mengimarahkan suasana di sekitar Masjid mukim dan secara tidak langsung membantu masyarakat setempat dalam menjana ekonomi.

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
722
777
4478
4674424
11724
15292
4682875