Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

PEWAKAFAN TANAH KE BAWAH KAWALAN MAIK

#
“Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG DIMANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya”.
Hadis Riwayat Muslim

Wakaf merupakan satu ibadah sunat yang digalakkan demi mendapat ganjaran berpanjangan dari Allah s.w.t sebagaimana sabda Nabi SAW tersebut

Oleh yang demikian, Majlis Agama Islam Kelantan sebagai pemegang amanah tunggal bagi menguruskan harta wakaf di Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk mewakafkan harta samada dalam bentuk harta alih atau tidak alih untuk kebaikan ummah keseluruhannya. Pada 26 Mei 2013, Unit Wakaf dan Baitulmal MAIK telah melawat siasat tanah di Lot 97, Seksyen 24 Bandar Kota Bharu yang diwakafkan dan tindakan ini akan mempercepatkan lagi proses pendaftaran tanah wakaf. Pewakaf dengan rela hati menyerahkan geran tanah kepada MAIK untuk diwakafkan demi mendapat rahmat dan ganjaran berpanjangan yang dijanjikan oleh-Nya.

 

KUNJUNGAN KERJA YAYASAN WAKAF MALAYSIA

#

Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) bersama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri sedang melaksanakan Kajian Pelan Induk Transformasi Pembangunan Hartanah Wakaf di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu pelan hala tuju pembangunan harta wakaf dan telah melantik Uni-Technologies Sdn. Bhd (UTSB) sebagai konsultan kajian tersebut.

Kehadiran pegawai YWM dan UTSB ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 28 Ogos 2013 adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan hartanah wakaf dan pembangunan tanah wakaf di negeri Kelantan yang dikelolakan oleh MAIK.

Usahasama baik antara MAIK dan Yayasan Wakaf Malaysia diharap akan dapat membangunkan lagi potensi hartanah wakaf dan membantu golongan asnaf dan miskin ke arah yang lebih berdaya ekonomi.

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
381
473
2195
4678397
14445
15292
4685596