Iklan Tanah Sewaan Wakaf MAIK Lot 2470, Mukim Alor Bakat, Jajahan Bachok

MUAT TURUN PENUH IKLAN TANAH SEWAAN WAKAF MAIK (KLIK SINI)

MUAT TURUN PENUH IKLAN TANAH SEWAAN WAKAF MAIK (KLIK SINI)


Satu (1) unit tanah sewaan wakaf MAIK seperti di bawah :
Dokumen Hak Milik : GM2181
No.Lot : 1175
Mukim : Mukim Banggu
Kampung : Kampung Jejabu
Keluasan Tapak : 9.6180 ekar
Sesiapa yang berminat, boleh terus menghubungi Unit Wakaf MAIK di talian 09-7481512 atau 013-7508363

Premis perniagaan yang terletak di Jalan Wakaf Siku, Kota Bharu merupakan premis di bawah kawalan MAIK yang dimanfaatkan untuk sewaan kepada penyewa yang terpilih. Hasil sewaan premis ini akan disalurkan kepada Surau Al-Falah sebagaimana niat asal pewakaf tanah ini.

Antara hartanah wakaf dibawah kawalan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan adalah kediaman wakaf yang terletak di Pintu Geng Kota Bharu. Kediaman wakaf ini diberi sewa dengan kadar yang berpatutan dan hasilnya disalurkan kembali untuk kebajikan umat Islam.

Bangunan perniagaan dua (2) tingkat yang terletak di Jalan Che Su Kota Bharu adalah bangunan wakaf yang diberi sewa dan hasil sewaannya disalurkan kepada Tabung Yayasan Pengajian Tinggi (TYPT) yang mana wang daripada tabung ini diagihkan kepada pelajar yang menyambung pengajian ke luar Negara.

Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri merupakan antara pembangunan bagi manafaat kebajikan yang telah dibina diatas tanah Wakaf Sultan Mansor. Sistem pendidikan yang baik di sekolah ini, banyak melahirkan para ilmuan dan pelajar yang berpendidikan tinggi.

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP) yang bertempat di Panji, Kota Bharu merupakan hasil cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra. Kompleks ini telah dibina di atas tanah wakaf seluas 11.969 ekar yang diwakafkan oleh al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan. Perasmian kompleks ini telah disempurnakan oleh baginda pada 11 November 2006.
Kompleks ini memainkan peranan penting dalam mempertingkat dan memperkembangkan kerja-kerja kebajikan serta pembangunan ilmu. Kompleks ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu;
Selain menjadi tempat tumpuan aktiviti-aktiviti keagamaan serta Kelas Saudara Baru, kompleks ini turut menempatkan dua entiti utama yang terdiri daripada penghuni Darul Aitam Putera dan juga Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.