Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

PENYERAHAN KATIL PESAKIT MELALUI PROGRAM WAKAF KESIHATAN MAIK

Pada 15 Mac 2019, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat melayu Kelantan (MAIK) telah menyerahkan sebuah Katil Pesakit menerusi Program Wakaf Kesihatan MAIK kepada Encik Muhammad Bin Daud, yang berumur 46 tahun, di Kampung Pulau Pisang, Badang, Kota Bharu. Encik Muhammad Bin Daud telah terlibat dengan kemalangan pada tahun 2016 dan menyebabkan beliau lumpuh (terlantar).

Semoga dengan sumbangan Katil Pesakit menerusi Program Wakaf Kesihatan MAIK ini akan memberi keselesaan kepada pesakit dan didoakan semoga mereka diberi kesembuhan oleh Allah s.w.t. Pihak MAIK juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pewakaf dan Rakan Waqaf MAIK diatas sumbangan yang diberikan dan semoga mendapat ganjaran pahala berterusan oleh Allah s.w.t.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

MAJLIS PEWAKAFAN TANAH

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pewakaf iaitu Encik Mohammad Bakri Bin Ibrahim, mantan Pengarah Penyelidikan dan Kerjasama Antabangsa Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Beliau dengan suci hati telah hadir ke pejabat MAIK untuk mewakafkan keseluruhan bahagian bagi dua (2) lot tanah miliknya iaitu lot 1962 Mukim Kuau, dan lot 1206 Mukim Tanjong Pauh, Jajahan Bachok untuk dimanfaatkan sebagai Wakaf Am. Pewakafan tanah ini telah disaksikan oleh Puan Shakirah Bt Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan Alfadhil Ustaz Ridhwan Bin Abd Rahman, Pegawai Zakat MAIK.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mendoakan semoga pewakaf dan mereka yang terlibat dengan kerja-kerja wakaf akan dirahmati dan diberi ganjaran pahala berterusan oleh Allah s.w.t.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

PENYERAHAN KATIL PESAKIT MELALUI PROGRAM WAKAF KESIHATAN MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengucapkan penghargaan kepada pewakaf-pewakaf yang telah mewakafkan Katil Pesakit melalui Program Wakaf Kesihatan MAIK dan dimanfaatkan terus kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.

Pada 21 Februari 2019, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima sebuah Katil Pesakit yang telah diwakafkan oleh Encik Nik Zahidi Bin Nik Omar, yang juga kakitangan MAIK. Katil Pesakit ini telah diserahkan kepada Encik Mohd Udin Bin Saufi, yang telah menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi kronik sehingga menyebabkan beliau sawan dan lumpuh sejak tahun 2017.

Pada 5 Mac 2019, pihak MAIK sekali lagi telah menerima sebuah katil pesakit yang diwakafkan oleh Ashaadi Fandzuri Bin Adnan dan katil ini telah diserahkan kepada Encik Feris Bin Khalid iaitu pesakit kanser lidah yang tinggal di Kampung Batang Bergedik, Gual Ipoh Tanah Merah

Semoga dengan sumbangan Katil Pesakit menerusi Program Wakaf Kesihatan MAIK ini akan memberi keselesaan kepada pesakit dan didoakan semoga mereka diberi kesembuhan oleh Allah s.w.t. Pihak MAIK juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pewakaf dan Rakan Waqaf MAIK diatas sumbangan yang diberikan dan semoga mendapat ganjaran pahala berterusan oleh Allah s.w.t.

flickr

www.flickr.com

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

PROGRAM OPERASI KUTIPAN SEWAAN TANAH WAKAF DAN BAITULMAL BAGI TAHUN 2019

Pada 02hb sehingga 17hb Februari 2019, Unit Wakaf dan Baitulmal telah mengadakan program operasi Kutipaan Sewa di lokasi tapak tanah wakaf dan Baitulmal di bawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Antara lot tanah yang terlibat adalah lot 1155, 607, 578 Mukim Pulau Pisang, lot 284 Kampung Bunga Mas Penambang, lot 193, 266 Kampung Sungai Keladi, Lot 556 Mukim Pulau Kundor, lot 464 Chekok Panji, lot 2080, 2081, 2082 Baung Pengkalan Chepa di Jajahan Kota Bharu, dan lot 922 Mukim Kasa, jajahan Pasir Mas Kelantan.

Dalam operasi ini, 536 orang penyewa tanah wakaf dan hampir 80 orang penyewa tanah baitulmal akan terlibat dalam sasaran kutipan sewaan tanah bagi Tahun 2019. Kaunter Bergerak Sewaan Tanah Wakaf dan Baitulmal dibuka untuk pembayaran sewaan semasa, tunggakan, pengemaskinian maklumat, aduan dan pertanyaan. Kutipan sewaan turut diadakan dari rumah ke rumah sebagai inisiatif untuk mendekati penyewa. Selain daripada itu, promosi Waqaf Tunai MAIK turut disampaikan kepada penduduk-penduduk dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sebelum operasi ini dilaksanakan, pemberitahuan awal telah diberikan kepada penyewa melalui surat, pemasangan sepanduk dan pengumuman dalam khutbah di masjid-masjid berhampiran lokasi tapak.

Operasi ini juga telah mendapat kerjasama baik daripada Polis DiRaja Malaysia (Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu dan Pasir Mas) yang membuat pantauan keselamatan disepanjang program dan operasi ini dijalankan.

Pihak MAIK akan sentiasa proaktif dalam menjalankan tanggungjawab, khususnya dalam menjaga amanah pewakaf selaras dengan kehendak syariat Islam dan undang-undang.

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

OPERASI BANCIAN PENYEWA TANAH WAKAF DAN BAITULMAL

Unit Wakaf dan Baitulmal MAIK telah menjalankan Operasi Bancian Penyewa Tanah Wakaf Dan Baitulmal di bawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), khususnya di Lot 193 dan 266, Seksyen 28, Kampung Sungai Keladi, Jajahan Kota Bharu. Operasi bersepadu ini dijalankan pada 22hb hingga 24hb Januari 2019 bagi mendapatkan maklumat terkini setiap penghuni penyewa di lot-lot tanah ini.

Operasi bancian dari rumah ke rumah ini adalah inisiatif kakitangan bagi mendapatkan maklumat terkini penyewa dan penghuni rumah di atas tanah MAIK.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

MAJLIS PEWAKAFAN TANAH

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengucapkan penghargaan kepada pewakaf iaitu Encik Mohd Rawa Bin Che Abdullah, dengan suci hati telah hadir ke pejabat MAIK bersama isterinya untuk mewakafkan keseluruhan bahagian tanah miliknya di lot 922 Mukim Meranti, Jajahan Pasir Mas untuk dimanfaatkan sebagai tapak perkuburan umat Islam. Pewakafan tanah ini telah disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Mohd Nassuruddin Daud, EXCO Negeri Kelantan, Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan Alfadhil Ustaz Roslee Bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Masjid MAIK, Encik Mohd Helmi Bin Mat Zin, Ketua Penolong Pengarah (Perundangan) Bahagian Koordinasi dan Program Khas Pejabat Setiausaha Kelantan.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mendoakan semoga pewakaf dan mereka yang terlibat dengan kerja-kerja wakaf akan dirahmati dan diberi ganjaran pahala berterusan oleh Allah s.w.t.

flickr

www.flickr.com

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Halaman 2 dari 2

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
34
684
8934
4687489
12222
18472
4701845