Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

PELANCARAN DIRECT DEBIT MELALUI E-MANDATE MUDAHKAN KITA BERWAKAF

Majlis Pelancaran Direct Debit Melalui e-Mandate Untuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) anjuran Kumpulan AmBank dan PayNet telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Ogos 2022 di Hotel Perdana, Kota Bharu.

Majlis pelancaran secara rasminya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK juga Tengku Temenggong Kelantan.

Majlis turut dihadiri Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Yang Berusaha Encik Shamsul Anuar Aebrahim, Ketua Liputan Perbankan Borong Kategori Syarikat Besar 3 Kumpulan Ambank dan Yang Berusaha Puan Yatie Raheda Abdul Rahman, Pengurus Pembangunan Ekosistem Payments Network Malaysia Sdb Bhd (PayNet).

Majlis turut disertai pegawai-pegawai kanan MAIK dan pengurusan kanan Kumpulan AmBank serta PayNet.

Jalinan kerjasama MAIK-AmBank ini dibina sejak 2019, yang mana kita telah menggunakan perkhidmatan JomPAY sebagai tambahan kepada mod bayaran kutipan zakat MAIK. Ia mencatatkan hasil amat memberangsangkan dengan 2,041 transaksi sepanjang tempoh diperkenalkan.

Bagi memperluaskan kerjasama strategik ini pula, Kali ini perkhidmatan cara bayar direct debit melalui e-Mandate bagi wakaf tunai telah dilancarkan secara rasminya semalam.

Modul ini membolehkan pewakaf membuat permohonan melalui gerbang elektronik seterusnya pihak MAIK mendapat mandat membuat pemotongan bagi bayaran wakaf mereka secata direct debit melalui akuan yang disahkan. Kini dengan adanya direct debit melalui e-mandate perkhidmatan kutipan antara bank akan menjadi lebih mudah, cekap serta menjimatkan kos untuk pembayaran berulang sekali gus membolehkan pembayaran automatik terus kepada akuan bank pewakaf tanpa sebarang cas.

MAIK menaruh keyakinan kaedah e-Mandate ini akan memberi kemudahan kepada pewakaf seterusnya mengembangkan lagi budaya berwakaf sebagaimana dianjurkan oleh agama.

#MAIK2022

#wakaftunaiMAIK

#eMandate

WAKAF MAIK-MUAMALAT SUMBANGAN 3 BUAH VAN UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN

Aktiviti wakaf banyak membantu umat Islam dalam pembangunan ekonomi serta memberi manfaat kepada seluruh orang Islam bukan sahaja di dunia tetapi mendapat ganjarannya di akhirat kelak.

Banyak cara diperkenalkan oleh pelbagai jabatan kerajaan, institusi kewangan atau perbankan mahu pun badan bukan kerajaan dalam usaha menggalakan masyarakat berwakaf.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sendiri tidak ketinggalan apabila menjalinkan kerjasama dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) bagi menguruskan dana wakaf.

Alhamdulillah, menerusi dana daripada Wakaf MAIK Muamalat, sebanyak tiga buah van jenis Westar Maxus V80 dengan kapasiti 15 tempat duduk disumbangkan kepada institusi pendidikan di negeri ini.

Sumbangan itu diberikan kepada Maahad Tahfiz Sains al-Muhammadi, Bachok; Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir, Kota Bharu dan Madrasah ad-Diniah al-Bakriah Pasir Tumboh (Pondok Pasir Tumboh).

Sekiranya ibadah waqaf disuburkan serta dilakukan dengan ikhlas, kita akan mendapat dua manfaat iaitu dari segi meningkatkan lagi kekuatan ekonomi umat dan diberikan ganjaran oleh ALLAH SWT selagi harta wakaf itu digunakan untuk kepentingan umat Islam meskipun kita telah meninggal dunia. Marilah sama-sama berwakaf.

Bagi masyarakat yang ingin turut sama menyumbang, boleh hadir ke kaunter Bank Muamalat atau salurkan ke akaun BMMB 03010006345710.

#MAIK2022

#WakafMAIK

SEBANYAK RM189,040.19 TELAH DIWAKAFKAN OLEH PELBAGAI AGENSI MENERUSI MAIK UNTUK USM, UMK DAN YIK

Sebanyak RM189,040.19 telah diwakafkan oleh pelbagai pihak dan agensi menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk dimanfaatkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Lihatlah, betapa bernilainya dan sangat besar ganjaran berwakaf kerana banyak pihak yang akan mendapat manfaatnya.

Alhamdulillah sempena Pelancaran Bulan Wakaf MAIK Tahun 2022 pada 27 Jun 2022, Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK, juga Tengku Temenggong Kelantan mengurniakan manfaat wakaf kepada ketiga-tiga institusi tersebut. YIK telah menerima sumbangan Wakaf Tunai sebanyak RM140,000 (Wakaf Pendidikan), manakala UMK pula mendapat RM39,040.19 (Wakaf Pendidikan) dan USM berjumlah RM10,000 (Wakaf Pendidikan).

Sumbangan wakaf ini dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan dan betapa hebatnya sumbangan wakaf ini kerana ia dapat menjadi titik tolak dalam mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

Lebih penting, ganjaran pahala berwakaf ini tidak akan putus meskipun pewakaf itu sudah meninggal dunia. Tidak ada perkara paling penting dikejar di dunia dan di alam abadi nanti selain mendapat keredaaan Ilahi.

Rebutlah peluang untuk berwakaf sebelum harta kita dihisab.

?????????? ?.?.? ????????, ???? ????????? : “??????? ????????? ????? ??????? ???? ????, ???? ??????????? ????????? ??????? ???? ???????, ????? ??????? ??????, ???? ???? ???????????? ??? ???? ???? ?????, ???? ???????? ?????????, ????? ??????????” (????? ??????? ??????).

“????? ??????? ??????????? ????? ???????”

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) LANCAR BULAN WAKAF TAHUN 2022

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang diadakan di Dewan Besar Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di sini, pada 27 Jun 2022.

Majlis Pelancaran berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK juga Tengku Temenggong Kelantan.

MAIK mengambil inisiatif melaksanakan Bulan Wakaf sebagai usaha bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman umat Islam berkaitan kepentingan ibadah wakaf disamping melahirkan masyarakat berwakaf di Negeri Kelantan.

Sepanjang Bulan Wakaf, MAIK akan mempromosikan produk-produk wakaf MAIK. Antaranya wakaf hartanah, Waqaf Tunai MAIK, Wakaf MAIK Muamalat, Wakaf Kesihatan MAIK-Universiti Sains Malaysia (USM), Wakaf Pendidikan MAIK –Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Wakaf Pendidikan MAIK- Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Majlis berkenaan turut dihadiri Yang Amat Berusaha, Tuan Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Yang Berhormat Dato’ Haji Norazman Bin Abd Ghani, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan; Yang Berhormat Sahibus Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Bin Haji Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Yang Amat Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Ahli Majlis MAIK dan Yang Amat Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Bin Mohamed, Ahli Majlis MAIK.

Turut memeriahkan program ini ialah, Yang Mulia Engku Rajhan Bin Engku Ismail, Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Yang Amat Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Bin Mahamd Adikan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia dan Yang Amat Berbahagia Profesor Dr. Razli Bin Che Razak, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan.

Bagi meningkatkan lagi kefahaman mengenai wakaf dan membudayakan ibadah berwakaf, pihak MAIK juga turut menyampaikan Kit Promosi Bulan Wakaf kepada Jabatan, Ketua Jajahan, Ketua Badan Berkanun Negeri/Persekutuan dan Imam Masjid Bandar.

MAIK juga mula mengorak langkah dengan memberikan kebenaran mutawalli kepada agensi-agensi yang berintergriti seperti Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Hasil kerjasama ini MAIK dan Bank Muamalat telah berjaya membaik pulih bangunan untuk dijadikan Pusat Latihan Muallaf.

Pusat Latihan Muallaf yang terletak di Tumpat diuruskan sendiri oleh MAIK bagi memberi perlindungan dan bimbingan kepada mualaf yang memerlukan. Ternyata ia membawa hikmat sangat besar kepada kumpulan terlibat.

Justeru, sempena Pelancaran Bulan Wakaf MAIK pada hari ini juga telah diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Wakaf MAIK dengan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi Projek Wakaf Tunai.

MAIK diwakili Yang Amat Berusaha, Tuan Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, sementara USM, Yang Amat Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Bin Mahamd Adikan, Naib Canselornya dan UMK pula ialah Yang Amat Berbahagia Profesor Dr. Razli Bin Che Razak, Naib Canselor UMK.

Ia telah disaksikan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan.

Melalui usahasama ini, MAIK telah memberi kuasa mutawalli kepada USM, UMK dan YIK bagi mengutip Wakaf Tunai yang kemudiannya wang tersebut akan digunakan untuk tujuan pendidikan atau kesihatan sebagaimana kuasa diberikan.

MAIK mengharapkan hasil kerjasama ini akan memberikan lebih banyak manfaat kepada umat Islam di Negeri Kelantan.

“????? ??????? ??????????? ????? ???????”

TENGKU YDP MAIK SEMPURNAKAN PELEPASAN KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI KELANTAN KE TANAH SUCI MAKKAH

Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyempurnakan pelepasan kumpulan pertama jemaah haji Negeri Kelantan bagi musim haji 1443H/2022M, petang semalam.

Majlis pelepasan berkenaan yang turut diserikan dengan kehadiran Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong telah berlangsung di Dewan Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra dekat Panji.

Selepas dua tahun rakyat Malaysia tidak dapat mengerjakan ibadat haji di Makkah, akibat pandemik COVID-19. Alhamdulillah, hari ini tanggal 24 Jun 2022 bersamaan 24 Zulkaedah 1443H seramai 149 jemaah haji dari Kelantan telah diberikan peluang oleh ALLAH SWT berlepas ke tanah suci Makkah.

Pada majlis sama, Yang Berhormat Mulia turut mendoakan agar seluruh bakal jemaah haji selamat tiba di tanah suci dan mendapat haji mabrul. InsyaALLAH.

Yang Berhormat Mulia juga memohon jemaah haji turut mendoakan agar negeri Kelantan terus berjaya, aman damai serta makmur sejahtera.

Yang Berhormat Mulia turut menitipkan pesanan, ketika berada di tanah suci, tumpukan perhatian kepada ibadah, jagalah nama baik negara dan negeri Kelantan. Jadilah jemaah haji yang boleh diteladani oleh dunia Islam lain.

Majlis berkenaan turut dihadiri Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan YBhg. Dato' Haji Mohyen bin Mosman, Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Timur, Datuk Mohyen Mosman.

Tepat jam 7 petang, diiringi hujan renyai kesemua jemaah haji bergerak dari Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra dekat Panji ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa menggunakan empat buah bas untuk penerbangan ke Kuala Lumpur jam 9.00 malam tadi.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka dijangka tiba pada jam 4.40 pagi (waktu Arab Saudi) di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.

Pada tahun ini, seramai 1,229 orang rakyat Kelantan telah terpilih menunaikan haji ke Baitullah. Penerbangan dari Kelantan bermula 24 Jun sehingga 27 Jun 2022.

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji dijadikan sebagai salah satu stesen pelepasan untuk jemaah haji dari Kelantan sejak sekian lamanya. Alhamdulillah sekurang-kurangnya kewujudan kompleks ini yang dibina di atas tanah wakaf seluas 11.969 ekar diwakafkan oleh Al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan pada 29 Safar 1340Hijrah bagi tujuan kebajikan membawa manfaat kepada pelbagai pihak.

#MAIK2022
#waqafmaik

BENGKEL PENDAFTARAN TANAH WAKAF BERSAMA IMAM-IMAM MUKIM JAJAHAN TANAH MERAH KELANTAN

Unit Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Bengkel Pendaftaran Tanah Wakaf melibatkan 46 Pegawai Masjid Mukim di jajahan Tanah Merah pada Selasa, 19 Julai 2022 bersamaan 19 Zulhijjah 1443H.

Bengkel bermula jam 9 pagi sehingga 1 petang itu diadakan di Masjid Ismail Petra, Tanah Merah dan dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Haji Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK mewakili Yang Amat Berusaha Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Hadir sama, Puan Shakirah binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan Al Fadhil Ustaz Wan Saifuddin bin Wan Abdul Ghani, Imam Tua Masjid Ismail Petra Tanah Merah.

Al Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman dalam ucapan perasmiannya memaklumkan bahawa terdapat 46 buah mukim di jajahan Tanah Merah dan Alhamdulillah sekiranya bengkel ini dapat menyelesaikan sama ada isu tanah wakaf untuk tapak masjid, tanah wakaf bagi tapak perkuburan mahupun isu tanah wakaf untuk pembinaan pondok, tahfiz dan juga surau.

Beliau juga menegaskan bahawa harta wakaf yang tidak diselesaikan secara undang-undang akan memberi kesan kepada semua pihak sama ada pewaris tanah itu sendiri. Sekiranya tersilap dalam membuat perhitungan boleh menyebabkan bebanan dosa kepada semua pihak yang terlibat termasuk juga institusi yang bertanggungjawab dalam isu wakaf ini.

“Bengkel ini diharapkan dapat menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan tanah wakaf, ia juga bertepatan dengan Pelancaran Bulan Wakaf oleh pihak MAIK pada 27 Jun 2022 lalu. Imam-imam mukim berperanan dalam membantu pengurusan Wakaf Tunai MAIK,” katanya.

Bengkel yang diadakan sempena Bulan Wakaf MAIK Tahun 2022 ini memberi pencerahan kepada imam-imam mukim jajahan Tanah Merah untuk menyelesaikan isu-isu tanah wakaf dengan bimbingan daripada YBrs. Puan Shakirah Syakirah binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK, dengan dibantu Penolong Pegawai Penilaian MAIK, Penolong Pegawai Tanah serta Pembantu Tadbir Unit Wakaf sepanjang bengkel tersebut berlangsung.

Bengkel seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan menyasarkan masjid jajahan-jajahan lain yang terdapat di Kelantan untuk memantapkan lagi pengurusan berkaitan dengan wakaf MAIK.

#MAIK2022
#WaqafMAIK2022

PROJEK WAKAF TANDAK AIR MAIK BANTU PENDUDUK DI MENGKEBANG, KUALA KRAI NIKMATI BEKALAN AIR BERSIH 24 JAM

KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT VIDEO RAKAMAN

Betapa besarnya manfaat berwakaf kepada kita.

Alhamdulillah menerusi Wakaf Tunai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), tandak air baharu untuk kegunaan penduduk di Mengkebang, Kuala Krai telah berjaya dibina.

Bersempena dengan Bulan Wakaf Kelantan yang dilancarkan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyeru orang ramai terutamanya rakyat negeri Kelantan untuk menyokong dan menyertai usaha dalam meningkatkan aktiviti wakaf ini.

Untuk maklumat lanjut, layari waqaftunai.e-maik.my atau hubungi +609 748 1512

"Saham Akhirat, Berwakaflah Walau Sedikit."

#MAIK2022
#MAIKPrihatin
#WaqafMAIK2022
#BulanWakafMAIK

PROJEK WAKAF JETI PENUMPANG MAIK DI TANGGA BRADLEY KUALA KRAI MUDAHKAN PERHUBUNGAN PENDUDUK DAN TINGKATKAN KESELAMATAN PENGGUNA

KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT VIDEO RAKAMAN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menerusi Wakaf Tunai MAIK telah memanfaatkan harta yang diwakafkan kepada kami dengan membina jeti penumbang di Kuala Krai bagi memudahkan penduduk berhubung di samping meningkatkan keselamatan para penggunanya.

Bersempena dengan Bulan Wakaf Kelantan yang dilancarkan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyeru orang ramai terutamanya rakyat negeri Kelantan untuk menyokong dan menyertai usaha dalam meningkatkan aktiviti wakaf ini.

Untuk maklumat lanjut, layari waqaftunai.e-maik.my atau hubungi +609 748 1512

"Saham Akhirat, Berwakaflah Walau Sedikit."

#MAIK2022
#MAIKPrihatin
#WaqafMAIK2022
#BulanWakafMAIK

SUASANA SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI WARGA PUSAT LATIHAN MUALAF, MAIK

Hampir 100 orang tetamu termasuk sembilan penghuni Pusat Latihan Mualaf memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Latihan Mualaf Tumpat semalam.

#

 

Majlis anjuran Unit Dakwah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) itu diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, AF. Haji Murtadha bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK bersama YBrs. Puan Siti Farahida binti Fauzi, Pegawai Dakwah (Kanan) MAIK.

Pada majlis itu juga, selain sajian utama para tetamu dihidangkan dengan karipap pusing istimewa hasil air tangan penghuni dengan bimbingan tenaga pengajar disediakan pihak MAIK.

Selain itu, Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman turut menerima hadiah istimewa daripada penghuni iaitu lukisan yang dihasilkan sendiri oleh salah seorang penghuni. Lukisan berkenaan menggambarkan setiap liku-liku kehidupan yang dilalui dalam keperitan pastinya suatu hari nanti di penghujungnya menemui cahaya kegembiraan atas sokongan pihak lain dan kemahuan diri untuk berubah.

Lukisan itu juga menggambarkan peranan pihak MAIK dan para pewakaf yang mewujudkan Pusat Latihan Mualaf dalam membantu memberikan bimbangan kepada kumpulan sepatutnya supaya mereka dapat menikmati nikmat kehidupan dalam redha ALLAH SWT.

Pusat Latihan Mualaf ini berfungsi sebagai tempat perlindungan sementara, pusat aktiviti Saudara Baru, penyediaan kemudahan bagi mengurangkan bebanan Saudara Baru, disamping memberi suasana selamat serta tunjuk ajar dalam mendalami ilmu agama Islam.

Ia juga merupakan Pusat Latihan Mualaf pertama di Kelantan yang diwujudkan di Kampung Kok Keli di Tumpat dan dibina di atas tanah yang diwakafkan oleh pemiliknya, Datuk Dusuki bin Ahmad.

Pihak MAIK akan memanfaatkan hasrat pewakaf supaya Saudara Baru mendapat perlindungan yang selesa dengan pengisian pengajaran agama dan aktiviti yang akan dapat membantu kehidupan mereka apabila keluar dari pusat ini nanti.

flickr

www.flickr.com

 

MASJID AL-FALAH WAKAF SIKU KOTA BHARU TERIMA SUMBANGAN WAKAF MAIK BERJUMLAH LEBIH RM32 RIBU

Masjid Al-Falah Wakaf Siku, Kota Bharu telah menerima sumbangan wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bernilai RM32,360 hasil daripada hartanah yang diwakafkan oleh Hajah Embong binti Che Mamat.

#

 

Sumbangan kewangan berkenaan adalah melibatkan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur iaitu pemasangan alat siaraya, alat penghawa dingin dan juga kerja-kerja membuka lantai jubin lama serta menggantikan lantai konkrik baharu.

Peruntukan wang wakaf tersebut juga merangkumi bayaran elaun kepada ahlijawatankuasa masjid selama setahun.

Penyerahan replika cek telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Shakirah binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK kepada YBrs. Dr Fathi bin Haji Abdullah, Pengerusi Masjid Al-Falah Wakaf Siku, Kota Bharu yang diadakan di MAIK. Hadir sama, YBrs. Encik Ahmad Rozman bin Ismail, Setiausaha Masjid Al-Falah Wakaf Siku, Kota Bharu dan YBrs. Puan Siti Nurhidayu Binti Othman, Penolong Pegawai Wakaf, MAIK.

YA ALLAH Ya Tuhanku betapa besarnya ganjaran pahala yang diperoleh oleh pewakaf yang mewakafkan harta benda mereka ke arah kebaikan. Pahala yang diterima oleh para pewakaf ini sentiasa mengalir meski pun mereka sudah meninggal dunia.

“Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslag amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya." (Riwayat Muslim)

Jom...Sama-samalahlah kita merebut peluang untuk berwakaf bersama-sama dengan MAIK dengan klik pada pautan disediakan di bawah:

https://waqaftunai.e-maik.my/

#

 

 

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
98
577
3490
4678397
15740
15292
4686891