PENGUKURAN DAN PENILAIAN SEMULA TAPAK TANAH WAKAF
Pengurusan tanah wakaf di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan meliputi pengurusan pendaftaran tanah wakaf, pewartaan, sewaan premis dan tanah, penguatkuasaan, termasuk pengukuran dan penilaian hartanah wakaf bagi seluruh jajahan di Negeri Kelantan.
Bermula bulan Februari 2016, kakitangan unit wakaf menerusi program ‘task force’ telah ke tapak sewaan tanah wakaf bagi aktiviti pengukuran semula tapak tanah dalam penentuan sempadan tapak kediaman, termasuk penilaian semula binaan rumah dan rentahan tapak. Sekaligus, penguatkuasaan turut dilaksanakan untuk mengutip tunggakan dan sewaan semasa serta mengemaskini profil penyewa berdaftar MAIK di lokasi berkenaan.
Program ini akan diteruskan secara berperingkat untuk 552 orang penyewa berdaftar di 33 lot tapak sewaan seluruh jajahan Negeri Kelantan.