SEMINAR KEWANGAN ISLAM DI UITM KAMPUS MACHANG
Pada 25 Februari 2016, pihak Lembaga Tabung Haji telah menganjur aktiviti kelab iaitu Taha@U bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Machang Kelantan bagi meningkatkan pembangunan modal insan yang dinamik dan cemerlang.
Pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah dijemput untuk memberi ceramah didalam salah satu slot Perkongsian Ilmu wakaf dan zakat. Ceramah wakaf telah disampaikan oleh Ustazah Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK di dalam Dewan Profesional UiTM yang dihadiri oleh 700 orang pelajar. Turut hadir adalah pihak Lembaga Tabung Haji, Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan perwakilan pelajar UiTM.
Para pelajar telah didedahkan dengan konsep wakaf, peranan MAIK sebagai pengawal tunggal harta wakaf di Kelantan, aktiviti-aktiviti wakaf serta Waqaf Tunai MAIK. Selain itu, peserta yang hadir turut diberikan risalah berkaitan wakaf dan zakat untuk rujukan seterusnya.