PENYERAHAN KATIL PESAKIT DIBAWAH PROGRAM WAQAF KESIHATAN MAIK Featured
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa cakna dengan keperluan masyarakat termasuklah berkaitan kesihatan. Pada 18 Disember 2018, Pihak MAIK berbesar hati untuk membuat penyerahan katil kepada pesakit-pesakit terlantar menerusi Program Waqaf Kesihatan MAIK iaitu hasil sumbangan Rakan Waqaf MAIK.
Program penyerahan katil pesakit ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK mewakili Yang Amat Berusaha Dr. Timbalan Yang Di Pertua MAIK . Antara pesakit terlantar yang menerima manfaat wakaf ini adalah Encik Mat Hussin Bin Yaacob (di Kampung Pek, Jajahan Machang), Encik Mohd Yuslan Bin Bakar (di Bandar Lama Jajahan Machang), Encik Mamat Bin Jusoh (di Kampung Seberang Merbau Jajahan Pasir Mas) dan Puan Siti Minah Binti Awang (di Kampung Chica, Jajahan Kota Bharu). Pihak MAIK turut membuat serahan katil pesakit ini untuk kegunaan penghuni Rumah Sri Kenangan Taman Kemumin Jajahan Kota Bharu Kelantan.
Semoga dengan bantuan katil ini akan memberi keselesaan dan kesembuhan oleh Allah swt kepada penerima katil ini. Pihak MAIK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Rakan Waqaf MAIK yang telah berwakaf dan semoga kalian diberi ganjaran pahala berterusan oleh Allah swt, Insyaalllah. Pihak MAIK sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak untuk bersama menyertai Rakan Waqaf MAIK dan menghulurkan sumbangan bermakna menerusi Kaunter Wakaf MAIK, atau layari portal rasmi www.e-maik.my atau laman web waqaf.e-maik.my untuk keterangan terperinci.
WAKAF TUNAI MAIK “SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”
Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman