Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

"ADIK ADA SKELENG LAGI"

By 
(0 votes)

 

“Nanti dulu adik nok bubuh skeleng”. Kata-kata itu terdengar sayup-sayup dari jauh. Kami pun menoleh ke arah suara tadi.

 

Kami mendekati si kecil ini. Rupanya si anak berusia 5 tahun ini, meminta bapanya menunggu sebentar. Dia nak menderma untuk Tabung Wakaf Tunai MAIK.

 

Dia nak menyumbang kepada MAIK, kerana pada hari itu kami adakan Tazkirah Khas Wakaf di Masjid Muhammad III, Pasir Mas sempena Pelancaran Bulan Wakaf MAIK 2023.

 

Kata si ayah. Anaknya, Nik Muhammad Al Fatih bin Nik Mohd Azrol sudah sedekahkan satu ringgit, tapi dia nak masukkan kesemua duit skeleng miliknya ke dalam tabung. Kami melihat dia memasukkan beberapa keping duit syiling lagi.

 

Alhamdulillah. Bagusnya adik ni. Kecil-kecil dah suka bersedekah. Didikan yang sangat baik. Sumbangan yang sedikit ini amat bermakna buat kami untuk membantu mereka yang sepatutnya.

 

Semoga ALLAH SWT membalas sumbangan adik ini dan semua mereka yang berwakaf dengan sebaik-baik pembalasan.

 

Ketahuilah semua, pahala berwakaf sangatkan hebat. Sekecil mana sumbangan, ganjaran pahala yang diperoleh akan berpanjangan. Bukan sahaja semasa di dunia, tapi setelah kita meninggal dunia sekalipun pahalanya tetap mengalir. ALLAHUAKBAR. Jom rebut peluang untuk berwakaf sebelum terlambat.

 

Tazkirah untuk minggu kedua ini disampaikan Al-Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK yang menghuraikan tazkirah bertajuk Berwakaflah Sebelum Wafat.

 

#WAKAFMAIK

 

#BulanWakafMAIK2023

 

Read 103 times Last modified on Khamis, 05 Oktober 2023 15:27
webmaster

Etiam sit amet orci eget eros faucibus tincidunt. Duis leo. Sed fringilla mauris sit amet nibh. Donec sodales sagittis magna. Sed consequat, leo eget bibendum sodales, augue velit cursus nunc, quis gravida magna mi a libero. Fusce vulputate eleifend sapien.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
172
696
172
4683401
16510
15292
4687661