Call : +609-7481512
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-9910126
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

 

JOM CIKGU-CIKGU KITA BERWAKAF DEH

By 
(0 votes)

 

Terima kasih diucapkan kepada warga Sekolah Kebangsaaan Sri Rantai Panjang (1) atas peluang yang diberikan bagi bersama-sama berkongsi pahala menerusi taklimat berkaitan dengan Waqaf Tunai MAIK.

Bagi meningkatkan kesedaran berkaitan wakaf dan juga menyebarluaskan lagi ganjaran berwakaf, satu taklimat kepada 50 orang guru dan kakitangan sekolah telah diadakan di sekolah tersebut, semalam.

Perkongsian mengenai ganjaran pahala yang berterusan dan betapa bermaknanya berwakaf ini kepada kita semua telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Solihin bin Abd Razak, Pegawai Imarah Wakaf MAIK.

Semoga Allah SWT memilih kita untuk menjadi salah seorang hambanya yang mewakafkan hartanya, tidak kira sedikit atau banyak ke jalan yang diredhai Allah SWT dan ketahuilah bahawa Allah SWT menjanjikan pahala yang tiada tandingannya untuk mereka yang berwakaf.

Sama-sama kita renungkan maksud (Surah Al-Baqarah: ayat 261) ini. Jom berwakaf dengan MAIK, Berwakaflah Sebelum Wafat.

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yan tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

(Surah Al-Baqarah: ayat 261)

#WAKAFTUNAIMAIK

 

Read 55 times Last modified on Rabu, 06 Mei 2026 11:18
webmaster

Etiam sit amet orci eget eros faucibus tincidunt. Duis leo. Sed fringilla mauris sit amet nibh. Donec sodales sagittis magna. Sed consequat, leo eget bibendum sodales, augue velit cursus nunc, quis gravida magna mi a libero. Fusce vulputate eleifend sapien.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hubungi Kami

  • Kompleks Islam Darul Naim Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan
  • +609 7481512
  • waqaftunai[at]e-maik[dot]my
  • Peta Lokasi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
121
158
539
5074925
1884
1927
5075837