
Alhamdulillah, Allah SWT memberikan peluang kepada pihak MAIK untuk terus menguar-uarkan mengenai kehebatan ganjaran berwakaf.
Semalam, seramai 150 kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah mendapat perkongsian berkaitan dengan Waqaf Tunai MAIK daripada Al-Fadhil Ustaz Muhammad Solihin bin Abd Razak, Pegawai Imarah Wakaf MAIK yang diadakan di Tunjong.
Sesungguhnya, jika kita benar-benar menyedari betapa besar dan bermaknanya ganjaran wakaf di sisi Allah SWT, pastinya kita tidak akan berkira untuk bersedekah. Wakaf merupakan antara amalan yang menjanjikan pahala berterusan, yang tetap mengalir walaupun seseorang itu telah kembali ke rahmatullah.
Semoga Allah SWT menjentik hati kita untuk menjadi salah seorang daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan hambaNya yang mendapat pahala berterusan sebagai pewakaf. Amin Ya Rabbal Alamin.
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yan tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al-Baqarah: ayat 261)

Terima kasih diucapkan kepada warga Sekolah Kebangsaaan Sri Rantai Panjang (1) atas peluang yang diberikan bagi bersama-sama berkongsi pahala menerusi taklimat berkaitan dengan Waqaf Tunai MAIK.
Bagi meningkatkan kesedaran berkaitan wakaf dan juga menyebarluaskan lagi ganjaran berwakaf, satu taklimat kepada 50 orang guru dan kakitangan sekolah telah diadakan di sekolah tersebut, semalam.
Perkongsian mengenai ganjaran pahala yang berterusan dan betapa bermaknanya berwakaf ini kepada kita semua telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Solihin bin Abd Razak, Pegawai Imarah Wakaf MAIK.
Semoga Allah SWT memilih kita untuk menjadi salah seorang hambanya yang mewakafkan hartanya, tidak kira sedikit atau banyak ke jalan yang diredhai Allah SWT dan ketahuilah bahawa Allah SWT menjanjikan pahala yang tiada tandingannya untuk mereka yang berwakaf.
Sama-sama kita renungkan maksud (Surah Al-Baqarah: ayat 261) ini. Jom berwakaf dengan MAIK, Berwakaflah Sebelum Wafat.
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yan tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah: ayat 261)

Satu taklimat berkenaan Wakaf Tunai MAIK telah disampaikan kepada warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan melibatkan seramai 132 peserta terdiri daripada 11 Pegawai Kanan Polis, 80 Pegawai Rendah Polis dan 41 Pegawai Awam. Taklimat bermula jam jam 9.00 hingga 10.30 pagi tadi disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Solihin bin Abd. Razak, Pegawai Imarah Wakaf, MAIK.
Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali iga perkara, iaitu; sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yg soleh yang sentiasa mendoakannya”.
Orang yang mewakafkan hartanya akan diganjarkan pahala yang berkekalan dan juga berpanjangan.

MUAT TURUN PENUH IKLAN TANAH SEWAAN WAKAF MAIK (KLIK SINI)

MUAT TURUN PENUH IKLAN TANAH SEWAAN WAKAF MAIK (KLIK SINI)

KOS PERBELANJAAN PROJEK : RM11,940.00
KOS PERBELANJAAN PROJEK : RM240,000.00
KOS PERBELANJAAN PROJEK : RM306,646.00
