Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

Promosi Waqaf Tunai Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

(1 Vote)
#

Pada 27 dan 28 Mei 2016, rakyat Negeri Kelantan sekali lagi telah dimeriahkan dengan program “Karnival Raudhah Di Hatiku TV9” menerusi pelbagai acara, program dan aktiviti-aktiviti menarik bertempat di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bandar Baru Tunjong Kota Bharu Kelantan.

Para pengunjung juga berpeluang untuk membuat sumbangan Waqaf Tunai di Kaunter Unit Wakaf, Booth Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pelbagai maklumat berkaitan Waqaf Tunai dan Projek Pembangunan Pondok Bunut Payong telah disediakan. Pelan “miniature” pembangunan Bunut Payong turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung disamping mendapat cenderahati percuma daripada pihak MAIK.

Pada masa yang sama, bual bicara khas Waqaf Tunai MAIK telah disiarkan secara langsung dari pentas utama Karnival Raudhah menerusi slot rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O’ TV9 bersama Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan.

Sebelum itu, Unit Wakaf juga telah mengadakan “Road Tour Waqaf Tunai” ke setiap Masjid Mukim di Negeri Kelantan untuk memberi taklimat menerusi edaran risalah dan buku resit Waqaf Tunai bermula 10 Mei hingga 31 Mei 2016. Tambahan lagi, satu siri Khutbah Jumaat khas berkaitan Waqaf Tunai turut dibacakan di setiap masjid mukim dan jajahan seluruh Negeri Kelantan pada 27 Mei 2016 bagi menggalakkan amalan berwakaf.

Pihak MAIK mengharapkan sumbangan Waqaf Tunai ini akan terus meningkat dan mengalu-alukan semua pihak untuk menyalurkan sumbangan menerusi kaunter wakaf di pejabat MAIK/di masjid-masjid jajahan, secara online dengan melayari portal MAIK www.e-maik.my dan waqaf.e-maik.my ; atau didebitkan terus ke akaun Bank Islam 03-018-01-016270-3. Pembayaran melalui cek juga boleh dibuat atas nama Majlis Agama Islam Kelantan.

 

Read 1784 times

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
214
577
3606
4678397
15856
15292
4687007