PROGRAM OPERASI KUTIPAN SEWAAN TANAH WAKAF DAN BAITULMAL BAGI TAHUN 2019 Featured
Pada 02hb sehingga 17hb Februari 2019, Unit Wakaf dan Baitulmal telah mengadakan program operasi Kutipaan Sewa di lokasi tapak tanah wakaf dan Baitulmal di bawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Antara lot tanah yang terlibat adalah lot 1155, 607, 578 Mukim Pulau Pisang, lot 284 Kampung Bunga Mas Penambang, lot 193, 266 Kampung Sungai Keladi, Lot 556 Mukim Pulau Kundor, lot 464 Chekok Panji, lot 2080, 2081, 2082 Baung Pengkalan Chepa di Jajahan Kota Bharu, dan lot 922 Mukim Kasa, jajahan Pasir Mas Kelantan.
Dalam operasi ini, 536 orang penyewa tanah wakaf dan hampir 80 orang penyewa tanah baitulmal akan terlibat dalam sasaran kutipan sewaan tanah bagi Tahun 2019. Kaunter Bergerak Sewaan Tanah Wakaf dan Baitulmal dibuka untuk pembayaran sewaan semasa, tunggakan, pengemaskinian maklumat, aduan dan pertanyaan. Kutipan sewaan turut diadakan dari rumah ke rumah sebagai inisiatif untuk mendekati penyewa. Selain daripada itu, promosi Waqaf Tunai MAIK turut disampaikan kepada penduduk-penduduk dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Sebelum operasi ini dilaksanakan, pemberitahuan awal telah diberikan kepada penyewa melalui surat, pemasangan sepanduk dan pengumuman dalam khutbah di masjid-masjid berhampiran lokasi tapak.
Operasi ini juga telah mendapat kerjasama baik daripada Polis DiRaja Malaysia (Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu dan Pasir Mas) yang membuat pantauan keselamatan disepanjang program dan operasi ini dijalankan.
Pihak MAIK akan sentiasa proaktif dalam menjalankan tanggungjawab, khususnya dalam menjaga amanah pewakaf selaras dengan kehendak syariat Islam dan undang-undang.
Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman
webmaster
Etiam sit amet orci eget eros faucibus tincidunt. Duis leo. Sed fringilla mauris sit amet nibh. Donec sodales sagittis magna. Sed consequat, leo eget bibendum sodales, augue velit cursus nunc, quis gravida magna mi a libero. Fusce vulputate eleifend sapien.
Leave a comment
Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.