Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

BENGKEL PENDAFTARAN TANAH WAKAF BERSAMA IMAM-IMAM MUKIM JAJAHAN TANAH MERAH KELANTAN

By 
(0 votes)

Unit Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Bengkel Pendaftaran Tanah Wakaf melibatkan 46 Pegawai Masjid Mukim di jajahan Tanah Merah pada Selasa, 19 Julai 2022 bersamaan 19 Zulhijjah 1443H.

Bengkel bermula jam 9 pagi sehingga 1 petang itu diadakan di Masjid Ismail Petra, Tanah Merah dan dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Haji Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK mewakili Yang Amat Berusaha Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Hadir sama, Puan Shakirah binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan Al Fadhil Ustaz Wan Saifuddin bin Wan Abdul Ghani, Imam Tua Masjid Ismail Petra Tanah Merah.

Al Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman dalam ucapan perasmiannya memaklumkan bahawa terdapat 46 buah mukim di jajahan Tanah Merah dan Alhamdulillah sekiranya bengkel ini dapat menyelesaikan sama ada isu tanah wakaf untuk tapak masjid, tanah wakaf bagi tapak perkuburan mahupun isu tanah wakaf untuk pembinaan pondok, tahfiz dan juga surau.

Beliau juga menegaskan bahawa harta wakaf yang tidak diselesaikan secara undang-undang akan memberi kesan kepada semua pihak sama ada pewaris tanah itu sendiri. Sekiranya tersilap dalam membuat perhitungan boleh menyebabkan bebanan dosa kepada semua pihak yang terlibat termasuk juga institusi yang bertanggungjawab dalam isu wakaf ini.

“Bengkel ini diharapkan dapat menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan tanah wakaf, ia juga bertepatan dengan Pelancaran Bulan Wakaf oleh pihak MAIK pada 27 Jun 2022 lalu. Imam-imam mukim berperanan dalam membantu pengurusan Wakaf Tunai MAIK,” katanya.

Bengkel yang diadakan sempena Bulan Wakaf MAIK Tahun 2022 ini memberi pencerahan kepada imam-imam mukim jajahan Tanah Merah untuk menyelesaikan isu-isu tanah wakaf dengan bimbingan daripada YBrs. Puan Shakirah Syakirah binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK, dengan dibantu Penolong Pegawai Penilaian MAIK, Penolong Pegawai Tanah serta Pembantu Tadbir Unit Wakaf sepanjang bengkel tersebut berlangsung.

Bengkel seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan menyasarkan masjid jajahan-jajahan lain yang terdapat di Kelantan untuk memantapkan lagi pengurusan berkaitan dengan wakaf MAIK.

#MAIK2022
#WaqafMAIK2022

Read 536 times Last modified on Ahad, 07 Ogos 2022 14:37
webmaster

Etiam sit amet orci eget eros faucibus tincidunt. Duis leo. Sed fringilla mauris sit amet nibh. Donec sodales sagittis magna. Sed consequat, leo eget bibendum sodales, augue velit cursus nunc, quis gravida magna mi a libero. Fusce vulputate eleifend sapien.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hubungi Kami

  • Kompleks Islam Darul Naim Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan
  • +609 7481512
  • waqaftunai[at]e-maik[dot]my
  • Peta Lokasi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1069
462
1979
4832221
5486
15852
4837707