Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

TENGKU YDP MAIK SEMPURNAKAN PELEPASAN KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI KELANTAN KE TANAH SUCI MAKKAH

By 
(0 votes)

Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyempurnakan pelepasan kumpulan pertama jemaah haji Negeri Kelantan bagi musim haji 1443H/2022M, petang semalam.

Majlis pelepasan berkenaan yang turut diserikan dengan kehadiran Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong telah berlangsung di Dewan Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra dekat Panji.

Selepas dua tahun rakyat Malaysia tidak dapat mengerjakan ibadat haji di Makkah, akibat pandemik COVID-19. Alhamdulillah, hari ini tanggal 24 Jun 2022 bersamaan 24 Zulkaedah 1443H seramai 149 jemaah haji dari Kelantan telah diberikan peluang oleh ALLAH SWT berlepas ke tanah suci Makkah.

Pada majlis sama, Yang Berhormat Mulia turut mendoakan agar seluruh bakal jemaah haji selamat tiba di tanah suci dan mendapat haji mabrul. InsyaALLAH.

Yang Berhormat Mulia juga memohon jemaah haji turut mendoakan agar negeri Kelantan terus berjaya, aman damai serta makmur sejahtera.

Yang Berhormat Mulia turut menitipkan pesanan, ketika berada di tanah suci, tumpukan perhatian kepada ibadah, jagalah nama baik negara dan negeri Kelantan. Jadilah jemaah haji yang boleh diteladani oleh dunia Islam lain.

Majlis berkenaan turut dihadiri Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan YBhg. Dato' Haji Mohyen bin Mosman, Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Timur, Datuk Mohyen Mosman.

Tepat jam 7 petang, diiringi hujan renyai kesemua jemaah haji bergerak dari Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra dekat Panji ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa menggunakan empat buah bas untuk penerbangan ke Kuala Lumpur jam 9.00 malam tadi.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka dijangka tiba pada jam 4.40 pagi (waktu Arab Saudi) di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.

Pada tahun ini, seramai 1,229 orang rakyat Kelantan telah terpilih menunaikan haji ke Baitullah. Penerbangan dari Kelantan bermula 24 Jun sehingga 27 Jun 2022.

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji dijadikan sebagai salah satu stesen pelepasan untuk jemaah haji dari Kelantan sejak sekian lamanya. Alhamdulillah sekurang-kurangnya kewujudan kompleks ini yang dibina di atas tanah wakaf seluas 11.969 ekar diwakafkan oleh Al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan pada 29 Safar 1340Hijrah bagi tujuan kebajikan membawa manfaat kepada pelbagai pihak.

#MAIK2022
#waqafmaik

Read 893 times Last modified on Isnin, 15 Ogos 2022 12:13
webmaster

Etiam sit amet orci eget eros faucibus tincidunt. Duis leo. Sed fringilla mauris sit amet nibh. Donec sodales sagittis magna. Sed consequat, leo eget bibendum sodales, augue velit cursus nunc, quis gravida magna mi a libero. Fusce vulputate eleifend sapien.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
124
980
124
4692911
14980
18472
4704603