Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia

TERIMA KASIH PEWAKAF… SUMBANGAN KALIAN TIDAK TERNILAI

By 
(0 votes)

Terima kasih kepada semua pewakaf kami. Hasil sumbangan wakaf kalian, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah melaksanakan pelbagai program serta bantuan yang telah dimanfaatkan oleh para penerimanya.

Pihak MAIK telah membelanjakan sebanyak RM1,118,854.92 untuk pelbagai projek wakaf MAIK untuk manfaat kepada semua lapisan masyarakat khususnya rakyat negeri Kelantan.

Sempena Pelancaran Bulan Wakaf MAIK Tahun 2023 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK, telah meraikan para pewakaf kami di Hotel Perdana, Kota Bharu.

Sumbangan wakaf yang diberikan kepada kami dan MAIK telah salurkan dalam pelbagai jenis bantuan. Antaranya:

????????? ????? ???? ????? ?????? ?????????:

  1. Mesin oksigen untuk para pesakit Covid-19 semasa pandemik.
  2. Mesin ultrasound untuk bantu rawatan para ibu mengandung.
  3. Mesin distortion product otoacoustic emission (DPOAE) untuk mengesan pendengaran awal bayi.
  4. Mesin radiograf orthopantomogram untuk tujuan x-ray para pesakit yang memerlukan rawatan melibatkan rahang gigi yang ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

????????? ????? ???? ????? ?????? ?????????? :

  1. Program Mengaji-ngaji Kelas Al-Quran Darul Aitam di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu.
  2. Menaik taraf bangunan di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Tumpat, Kelantan.
  3. Sumbangan menaik taraf bangunan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (pelajar perempuan) di Kampung Cabang Tiga, Pendek, Kota Bharu.

????????? ????? ???? ????? ?????? ????????? ?????? :

  1. Pembinaan tandak air di jajahan Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
  2. Projek Wakaf Jeti Penumpang MAIK di Tangga Bradley, Kuala Krai memudahkan perhubungan penduduk dan meningkatkan keselamatan pengguna.
  3. MAIK sedang membangunkan dua tapak perkuburan terancang di tanah yang diwakafkan di jajahan Kota Bharu, dan Pasir Mas.
  4. Sumbangan wakaf untuk menaik taraf dan pengurusan Masjid Al-Falah, Kota Bharu.

????????? ????? ???????? :

  1. Pembelian tapak perkuburan Islam di jajahan Tumpat, Kota Bharu dan Tanah Merah.

MAIK ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jabatan kerajaan negeri, jabatan Persekutuan dan semua pihak yang mengimarahkan ibadah wakaf.

semoga Allah S.W.T merahmati dan memberi ganjaran pahala yang berpanjangan kepada pewakaf serta semua pihak yang berkerjasama dalam menjayakan usaha murni ini.

#MAIK2023

#BulanWakaf2023

flickr

www.flickr.com

 

Read 247 times Last modified on Selasa, 26 September 2023 09:04
webmaster

Etiam sit amet orci eget eros faucibus tincidunt. Duis leo. Sed fringilla mauris sit amet nibh. Donec sodales sagittis magna. Sed consequat, leo eget bibendum sodales, augue velit cursus nunc, quis gravida magna mi a libero. Fusce vulputate eleifend sapien.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Hubungi Kami

  • Kompleks Islam Darul Naim Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan
  • +609 7481512
  • waqaftunai[at]e-maik[dot]my
  • Peta Lokasi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1115
462
2025
4832221
5532
15852
4837753