Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia
webmaster

webmaster

Etiam sit amet orci eget eros faucibus tincidunt. Duis leo. Sed fringilla mauris sit amet nibh. Donec sodales sagittis magna. Sed consequat, leo eget bibendum sodales, augue velit cursus nunc, quis gravida magna mi a libero. Fusce vulputate eleifend sapien.

Pada 10 September 2019, satu lawatan di sekitar tapak projek Pembangunan Muallaf Centre yang bertempat di PT518 Kampung Tok Selehor, Mukim Kok Keli Jajahan Tumpat telah diadakan. Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang DiPertua MAIK telah membuat pemantauan kerja-kerja pengubahsuaian dan cat bangunan yang sedang giat dijalankan. Lawatan ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, Yang Berusaha Encik Mohd Azman Bin Ghazali, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Yang Berusaha AlFadhil Ustaz Murtadha Bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK, dan pegawai-pegawai MAIK.

Tanah PT 518 Mukim Kok Keli, Jajahan Tumpat yang berkeluasan 4,823 meter persegi merupakan tanah Wakaf Am terletak dibawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang telah diwakafkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Dusuki Ahmad. Diatas tanah ini juga, terdapat sebuah dewan serbaguna, sebuah asrama dua (2) tingkat dan sebuah rumah warden. Bangunan sedia ada di atas tanah ini telah dibaik pulih dan diubahsuai bagi manfaat projek Pembangunan Muallaf Centre iaitu projek pertama yang menggunakan dana Wakaf MAIK Muamalat.

Muallaf Centre ini berfungsi sebagai pusat transit, pusat aktiviti saudara baru, penyediaan kemudahan bagi mengurangkan bebanan saudara baru, disamping memberi suasana selamat serta tunjuk ajar dalam mendalami ilmu agama Islam.

Semua lapisan masyarakat yang ingin menjayakan program ini boleh bersama menyumbang ke Wakaf MAIK Muamalat menerusi akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad 03010006345710 atau layari laman sesawang www.muamalat.com.my untuk keterangan.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah pengawal bagi harta wakaf di Negeri Kelantan. Sehubungan dengan itu, MAIK sentiasa cakna dan bertanggungjawab dalam menjaga amanah pewakaf.

Pada 10 September 2019, satu majlis penyerahan manfaat wakaf telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Azman Bin Ghazali , Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, diiringi Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, untuk menyampaikan sumbangan Wakaf sebanyak RM5,000.00 kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang diwakili oleh Encik Mustapha bin Abdul Manan, Biro Komunikasi Korporat Program. Sumbangan wakaf sebanyak RM5,000.00 ini adalah untuk 10 naskah AlQuran Braille Tafsir bagi kegunaan guru-guru di beberapa sekolah pendidikan khas dan juga ahli-ahli PERTIS. Program Wakaf AlQuran Braille ini adalah kerjasama antara PERTIS dan Persatuan Huffaz . Sumbangan wakaf ini adalah hasil daripada manfaat wakaf Almarhum Sultan Mansor untuk mengaji-ngaji Al-Quran. Pihak PERTIS turut mewakafkan satu (1) naskah AlQuran Braille Tafsir kepada pihak MAIK.

Pihak MAIK berbesar hati melaksanakan amanah Almarhum Sultan Mansor dan semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh penerima dengan sebaik-baiknya. Orang ramai yang ingin turut sama berwakaf dan menjadi Rakan Wakaf MAIK, sila hubungi Unit Wakaf MAIK ditalian 09-7481512, atau disalurkan terus ke akaun Waqaf Tunai MAIK 03-018-01-016270-3 (Bank Islam Malaysia Berhad) dan layari portal MAIK www.e-maik.my atau waqaf.e-maik.my untuk maklumat wakaf MAIK.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 21 Ogos 2019, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyantuni dua (2) orang pesakit terlantar dengan menyerahkan dua (2) buah katil pesakit menerusi Program Wakaf Kesihatan MAIK.

Penerima pertama Katil Wakaf adalah Nuraini Binti Safie, berumur 44 tahun, telah terlantar sakit sejak kecil akibat demam panas. Penyerahan ini telah disempurnakan di kediaman keluarga beliau di Kampung Batu Balai, Kuala Krai, Kelantan. Manakala, penerima kedua Katil Wakaf adalah Rahimah binti Hamid, berumur 68 tahun yang telah mengalami kekejangan atau strok menyebabkan beliau sakit terlantar. Penyerahan katil ini telah disempurnakan di kediaman keluarga beliau di Kampung Chepa, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengucapkan penghargaan kepada Rakan Wakaf MAIK yang telah memberi sumbangan dan semoga penerima diberi keselesaan dan mempermudahkan urusan keluarganya.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 06 Syawal 1440H bersamaan 10 Jun 2019 , satu lawatan tanah wakaf di Mukim Kok Keli, Tumpat, telah diadakan bagi memantau perkembangan projek pembangunan Muallaf Centre.

Dalam lawatan ini, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang DiPertua MAIK dan Yang Teramat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Dato Hajjah Noor Hayati binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah berangkat ke tapak lokasi bersama Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang DiPertua MAIK, Pegawai-pegawai MAIK, wakil Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), wakil Pertubuhan Kebajikan Malaysia (PERKIM) Bahagian Kelantan serta pihak konsultan Guru Reka.

Semua peserta yang hadir telah diberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan projek pembangunan Muallaf Centre yang disampaikan oleh Encik Wan Azri bin Wan Omar dan taklimat pengoperasian Muallaf Centre turut diberikan oleh Alfadhil Ustaz Murtadha Bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK.

Muallaf Centre bakal dimanfaatkan dan beroperasi dalam masa terdekat. Orang ramai yang berminat untuk berwakaf bagi pembangunan Muallaf Centre boleh disalurkan ke Bank Muamalat Malaysia Berhad 03010006345710 atau layari laman sesawang www.muamalat.com.my untuk keterangan.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Majlis Penyerahan Agihan Manfaat Wakaf Kepada Masjid-Masjid Terpilih seluruh Negeri Kelantan telah diadakan pada 29 Ramadan 1440H bersamaan 03 Jun 2019, bertempat di Dewan Utama, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pada tahun ini, agihan manfaat wakaf sebanyak RM39,000.00 diagihkan kepada 18 buah masjid telah terpilih di Negeri Kelantan. Agihan manfaat wakaf ini adalah hasil daripada sewaan bangunan dan pembangunan tanah wakaf bagi tahun 2018 dalam kategori wakaf masjid.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abdul Hadi, Timbalan Yang DiPertua MAIK, diiringi oleh Yang Berusaha Encik Mohd Azman Bin Ghazali, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK dan Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK. Majlis ini telah diakhiri dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah , Pegawai Baitulmal MAIK.

Pihak MAIK berharap semua penerima akan memanfaatkan sepenuhnya hasil wakaf berkenaan dan semoga pewakaf mendapat ganjaran berterusan bagi harta yang telah diwakafkan.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah pengawal tunggal harta wakaf di Negeri Kelantan (MAIK) yang sentiasa proaktif dalam menjaga amanah harta wakaf agar manfaat wakaf dapat disampaikan sebagaimana niat pewakaf dan seterusnya membantu pelbagai lapisan masyarakat.

Pada 08 Mei 2019, sebuah katil pesakit dibawah Program Wakaf Kesihatan MAIK telah diserahkan kepada Encik Abdul Rahman Bin Mansor, 33 tahun yang tinggal di Kampung Chenggal, Ketereh, Beliau telah mengalami gangguan fungsi otak yang menyebabkan lumpuh dan sakit terlantar. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf, mewakili Yang Amat Berusaha Timbalan Yang DiPertua MAIK.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Rakan Waqaf MAIK kerana telah berwakaf dan semoga ia memberi manfaat dan keselesaan kepada penerima wakaf katil kesihatan serta diberi kesembuhan oleh Allah s.w.t.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 8hb April 2019, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf MAIK Muamalat telah membuat lawatan di sekitar tapak projek Pembangunan Muallaf Centre yang bertempat di PT518 Kampung Tok Selehor, Mukim Kok Keli Jajahan Tumpat. Lawatan ini bertujuan untuk memantau kerja-kerja pengubahsuaian bangunan yang sedang giat dijalankan.

Tanah PT 518 Mukim Kok Keli, Jajahan Tumpat yang berkeluasan 4,823 meter persegi merupakan tanah Wakaf Am terletak dibawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang telah diwakafkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Dusuki Ahmad. Diatas tanah ini juga, terdapat sebuah dewan badminton dan sebuah bangunan dua (2) tingkat. Bangunan sedia ada di atas tanah ini telah dibaik pulih dan diubahsuai bagi manfaat projek Pembangunan Muallaf Centre iaitu projek pertama yang menggunakan dana Wakaf MAIK Muamalat.

Muallaf Centre ini berfungsi sebagai pusat transit, pusat aktiviti saudara baru, penyediaan kemudahan bagi mengurangkan bebanan saudara baru, disamping memberi suasana selamat serta tunjuk ajar dalam mendalami ilmu agama Islam.

Semua lapisan masyarakat yang ingin menjayakan program ini boleh bersama menyumbang ke Wakaf MAIK Muamalat menerusi akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad 03010006345710 atau layari laman sesawang www.muamalat.com.my untuk keterangan.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 11 April 2019, siri pertama Program Mengaji-Ngaji Al-Quran Wakaf Sultan Mansor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Wang Ehsan Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Program Mengaji-Ngaji ini diadakan bagi melaksanakan niat pewakaf iaitu Almarhum Sultan Mansor:

“…maka diwakafkan sekalian dusun nyiur dan padi yang tersebut itu kepada mereka itu suruh mereka mengaji-ngaji dan menziarah kuburnya…….”

(Almarhum Sultan Mansor: 22 Syaaban 1317)

Program ini disertai oleh kakitangan Wanita MAIK dan dibimbing oleh Hajjah Che Minah binti Che Awang yang diadakan pada setiap hari Khamis bermula jam 3.30 petang.

Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada pewakaf khususnya Almarhum Sultan Mansor serta semua pihak yang menjayakan program ini.

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ahmad Aiman Bin Sekari @Shokri, 28 tahun yang berasal dari Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan diatas pewakafan dua (2) unit kerusi roda dibawah Program Wakaf Kesihatan MAIK pada 23 April 2019. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK.

Pihak MAIK juga turut mengalukan-alukan mana-mana pihak untuk berwakaf dan mendoakan semoga pewakaf diberi ganjaran berterusan oleh Allah SWT.

WAQAF TUNAI MAIK “SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFAH WALAU SEDIKIT’

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 15 Mac 2019, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat melayu Kelantan (MAIK) telah menyerahkan sebuah Katil Pesakit menerusi Program Wakaf Kesihatan MAIK kepada Encik Muhammad Bin Daud, yang berumur 46 tahun, di Kampung Pulau Pisang, Badang, Kota Bharu. Encik Muhammad Bin Daud telah terlibat dengan kemalangan pada tahun 2016 dan menyebabkan beliau lumpuh (terlantar).

Semoga dengan sumbangan Katil Pesakit menerusi Program Wakaf Kesihatan MAIK ini akan memberi keselesaan kepada pesakit dan didoakan semoga mereka diberi kesembuhan oleh Allah s.w.t. Pihak MAIK juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pewakaf dan Rakan Waqaf MAIK diatas sumbangan yang diberikan dan semoga mendapat ganjaran pahala berterusan oleh Allah s.w.t.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Halaman 4 dari 10

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
768
574
1342
4683401
17680
15292
4688831