Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia
webmaster

webmaster

Etiam sit amet orci eget eros faucibus tincidunt. Duis leo. Sed fringilla mauris sit amet nibh. Donec sodales sagittis magna. Sed consequat, leo eget bibendum sodales, augue velit cursus nunc, quis gravida magna mi a libero. Fusce vulputate eleifend sapien.

Pada 12 Oktober 2020, Unit Wakaf MAIK telah menyantuni seorang pesakit iaitu Puan Siti Rahmah Bt Mohd Nor yang tinggal di Kampung Chempaka, Kota Bharu. Puan Siti Rahmah telah diuji dengan penyakit tibi tulang, lumpuh dan terlantar. Bagi mengurangkan beban yang dihadapi oleh Puan Siti Rahmah, sebuah Katil Wakaf telah disampaikan selain daripada bantuan bulanan MAIK untuk memenuhi keperluan beliau.

#

 

Pada hari yang sama, Unit Wakaf MAIK turut menyantuni seorang lagi pesakit terlantar iaitu Puan Hasmah bt Mat Hassan yang tinggal di Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu. Beliau telah diuji dengan lumpuh terlantar, menderita sakit radang sendi, kencing manis, serta darah tinggi. Semoga dengan bantuan Katil Wakaf MAIK dan bantuan bulanan agihan zakat MAIK akan mengurangkan beban beliau serta keluarganya

#

Pihak MAIK mendoakan semoga Puan Siti Rahmah Bt Mohd Nor, Puan Hasmah bt Mat Hassan diberi kesembuhan, dan seluruh keluarganya sentiasa dalam rahmatNya. Pihak MAIK turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Rakan Waqaf MAIK yang telah berwakaf dan menjayakan program Wakaf Kesihatan MAIK ini. Jom sertai Rakan Waqaf MAIK dengan melayari www.e-maik.my dan waqaftunai.e-maik.my. Waqaf Tunai MAIK "Saham Akhirat, Berwakaflah Walau Sedikit".

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

#

Pada 28 September 2020, lawat siasat tanah telah diadakan di Pulau Telok Renjuna, Jajahan Tumpat oleh kakitangan Unit Wakaf dan Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Lawat siasat ini diketuai oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK, yang hadir bersama Penolong Pegawai Tanah I, II, Penolong Pegawai Baitulmal dan Penolong Pegawai Penilai MAIK, telah menaiki bot di Pengkalan Bot untuk ke Pulau Telok Renjuna bagi memantau status terkini tanah dan potensi pembangunan tanah pada masa akan datang.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

#

Pada 03 Oktober 2020, pengukuran tanah di Kampung Bunut Payong telah dilaksanakan bagi tujuan laluan ke tapak projek pembangunan Pondok Bunut Payong. Projek Pembangunan Pondok Bunut Payong merupakan salah satu projek untuk membangunkan semula pusat pengajian pondok terbesar dan tertua di Negeri Kelantan dengan membina asrama untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Sulamiah.

Kerja-kerja pengukuran ini telah dilaksanakan oleh Penolong Pegawai Tanah I,II, Pembantu Tadbir Imarah Wakaf dan Pembantu Tadbir Wakaf Kubur Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pihak MAIK mengalu-alukan semua pihak yang ingin melaksanakan ibadah wakaf menerusi Waqaf Tunai MAIK dan seterusnya menjayakan projek Pembangunan Pondok Bunut Payong ini. Maklumat terperinci berkaitan Waqaf Tunai dan Projek Pembangunan Wakaf boleh diperolehi melalui laman portal rasmi MAIK www.e-maik.my atau laman sesawang wakaf iaitu waqaftunai.e-maik.my.

Bersama kita berwakaf dengan Waqaf Tunai MAIK, “SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

#

Pihak MAIK dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan telah mengadakan siri Taklimat Pendaftaran Tanah Wakaf kepada Imam-imam Masjid Jajahan, Bandar dan Mukim di setiap jajahan Negeri Kelantan. Objektif siri taklimat ini adalah untuk menyampaikan maklumat kaedah pendaftaran tanah wakaf terkini dan memperkasakan peranan imam-imam untuk mengesan tanah-tanah wakaf dalam mukim atau jajahan yang terlibat.

Siri taklimat ini telah dilaksanakan bermula pada 15 Mac 2020 dan berjalan sehingga bulan Jun 2020. Pada bulan Julai 2020, siri taklimat diteruskan lagi di Masjid Bandar Sultan Muhammad III, Pasir Mas (1 Julai 2020), Masjid Ismaili, Tumpat (6 Julai 2020), Masjid Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Gua Musang (7 Julai 2020), Masjid Ismail Petra, Tanah Merah (8 Julai 2020), Masjid Sultan Muhammad I, Jeli (13 Julai 2020), Masjid Muhammad Faris Petra Kuala Krai (14 Julai 2020) dan siri taklimat ini berakhir di Masjid Muhammadi Jajahan Kota Bharu pada 20 Julai 2020.

Taklimat pendaftaran ini telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Azman bin Ghazali (Ketua Pegawai Pembangunan, MAIK), Yang Berusaha Puan Shakirah binti Mohamad (Pegawai Wakaf MAIK), Yang Berusaha Encik Mohammad Hanifa bin Yusoff (Penolong Pegawai Tanah I, MAIK), dan Yang Berusaha Encik Ahmad Azizat bin Mohamad Zahari (Penolong Pegawai Tanah II, MAIK). Taklimat ini juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada Pejabat Tanah Jajahan, Imam-imam masjid jajahan dan mukim yang terlibat.

Semoga siri taklimat ini memberi manfaat kepada imam-imam masjid berkaitan pendaftaran tanah wakaf, sekaligus dan memberi impak positif dalam memperkasakan pengurusan wakaf di Negeri Kelantan.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

#

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah badan pengawal tunggal hartanah wakaf di Negeri Kelantan sebagaimana seksyen 60 Enakmen MAIK, bilangan 4 tahun 1994. Sebagai pemegang amanah hartanah wakaf, Unit Wakaf MAIK sentiasa meningkatkan kualiti pengurusannya dalam menjaga amanah pewakaf khususnya dalam pendaftaran tanah wakaf.

Pihak MAIK dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan telah mengadakan siri Taklimat Pendaftaran Tanah Wakaf kepada Imam-imam Masjid Jajahan, Bandar dan Mukim di setiap jajahan Negeri Kelantan. Objektif siri taklimat ini adalah untuk menyampaikan maklumat kaedah pendaftaran tanah wakaf terkini dan memperkasakan peranan imam-imam untuk mengesan tanah-tanah wakaf dalam mukim atau jajahan yang terlibat.

Siri taklimat ini telah dilaksanakan bermula pada 15 Mac 2020 di Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian Kota Bharu yang disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Azman Bin Ghazali, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK. Siri taklimat ini diteruskan di Jajahan Pasir Puteh (22 Jun 2020), Jajahan Bachok (29 Jun 2020) dan Jajahan Machang (30 Jun 2020). Taklimat telah disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan wakil Pejabat Tanah dan Jajahan yang terlibat iaitu Yang Mulia Tengku Sharifuddin Bin Dato’ Tengku Shah Buddin (Timbalan Ketua Jajahan Machang), Yang Berusaha Mohd Kamarulzaman bin Ab Wahab (Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh) Yang Berusaha Encik Mohd Khairul Adzhar Bin Mohd Adnan (Penolong Ketua Jajahan-Pembangunan Tanah dan Pelupusan Jajahan Machang), dan Yang Berusaha Encik Wan Adzmawi Wan Othman (Penolong Ketua Jajahan Bachok).

Siri Taklimat Pendaftaran Tanah Wakaf Negeri Kelantan akan diteruskan di jajahan lain dan semoga siri taklimat ini memberi manfaat dan memberi impak positif dalam memperkasakan pengurusan wakaf di Negeri Kelantan.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

#

Pada 04 November 2019, bersamaan 07 Rabiul Awal 1441H, Majlis Penyerahan Peralatan Wakaf Kesihatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah dilaksanakan di Klinik Kesihatan Sungai Pinang, Tumpat.

Majlis Penyerahan Peralatan Wakaf Kesihatan MAIK ini telah disempurnakan oleh Yang Berhomat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang DiPertua MAIK, yang diiringi oleh Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang DiPertua MAIK, Yang Amat Berusaha Yang Amat Berusaha Tuan Haji Ibrahim Bakri Bin Mat Deris, Ketua Jajahan Tumpat, dan Yang Amat Berusaha Dr. Zaini Bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Turut berangkat ke majlis ini adalah Yang Mulia Puan Sri Dato’ Tunku Hajjah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Yang Mulia Tengku Nur Qistina Petri Binti Tengku Muhamad Rizam.

Dalam majlis ini, pihak MAIK berbesar hati untuk menyerahkan peralatan wakaf kesihatan menerusi dana Waqaf Kesihatan dan Am, yang bernilai RM100,000, iaitu berupa mesin ultrasound, mesin kardiotokografi, mesin pemeriksaaan tanda vital bagi pesakit neonate, katil pesakit, mesin penyedut mukus, kerusi roda, dan kerusi menunggu pesakit.

Pihak MAIK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Rakan Waqaf MAIK yang sentiasa memberi sokongan dan terus berwakaf sebagai Saham Akhirat, demi mendapat ganjaran pahala yang berterusan oleh Allah swt. Pihak MAIK juga berbesar hati untuk menerima mana-mana pihak untuk menyertai Rakan Waqaf MAIK dengan melayari portal rasmi www.e-maik.my atau laman web waqaf.e-maik.my

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

#

Pada 03 November 2019, Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah bersidang untuk kali pertama, bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 5, MAIK. Penubuhan dan pelantikan ahli Jawatankuasa ini telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Ahli MAIK kali ke 923 bilangan 3 tahun 2019.

Penubuhan jawatankuasa ini adalah sebagai platform perbincangan isu-isu wakaf, merancang dan melaksanakan pelan pembangunan wakaf, selaras dengan MAIK sebagai badan pengawal tunggal harta wakaf di Negeri Kelantan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang DiPertua MAIK, dengan keahlian seramai sembilan (9) orang, dan lima (5) orang sekretariat Jawatankuasa Wakaf MAIK.

Semoga dengan penubuhan jawatankuasa ini, pengurusan wakaf MAIK menjadi lebih tersusun dalam melaksanakan pembangunan dan imarah wakaf di Negeri Kelantan.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

#

Pada 12 Oktober 2019, pengukuran tanah dan penentuan sempadan tanah di PT518 Mukim Kok Keli, Tumpat telah dilaksanakan oleh Encik Muhammad Hanifa Bin Yusoff , Penolong Pegawai Tanah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan dibantu oleh dua (2) orang Pembantu Tadbir Unit Wakaf.

Tanah PT 518 Mukim Kok Keli, Jajahan Tumpat yang berkeluasan 4,823 meter persegi merupakan tanah Wakaf Am terletak dibawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang telah diwakafkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Dusuki Ahmad. Diatas tanah ini juga, terdapat sebuah dewan serbaguna, sebuah asrama dua (2) tingkat dan sebuah rumah warden. Bangunan sedia ada di atas tanah ini telah dibaik pulih dan diubahsuai bagi manfaat projek Pembangunan Muallaf Centre iaitu projek pertama yang menggunakan dana Wakaf MAIK Muamalat.

Muallaf Centre ini berfungsi sebagai pusat transit, pusat aktiviti saudara baru, penyediaan kemudahan bagi mengurangkan bebanan saudara baru, disamping memberi suasana selamat serta tunjuk ajar dalam mendalami ilmu agama Islam.

Semua lapisan masyarakat yang ingin menjayakan program ini boleh bersama menyumbang ke Wakaf MAIK Muamalat menerusi akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad 03010006345710 atau layari laman sesawang www.muamalat.com.my untuk keterangan.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

#

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bakal menerima sebuah bangunan tiga (3) tingkat premis wakaf yang terletak di Jalan Kelocohor, Kota Bharu. Sehubungan dengan itu, 19 September 2019 satu lawatan telah diadakan ke tapak premis berkenaan bagi memantau dan menilai perkembangan pembangunan premis wakaf. Lawatan ini telah diketuai oleh Yang Berusaha Encik Mohd Azman Bin Ghazali, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, diiringi oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Bt Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan Unit Pengurusan Projek MAIK. Sebanyak 36 unit premis ini bakal diisi oleh penyewa dan orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan untuk mengisi kekosongan tersebut. Hubungi Unit Wakaf ditalian 09-7481512 atau hadir ke kaunter wakaf MAIK untuk keterangan terperinci.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

#

Pada 17 September 2019, Unit Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima kunjungan silaturrahim dari pensyarah-pensyarah Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia. Pihak MAIK yang diwakili oleh Yang Berusaha Puan Syakirah binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK, telah menerima baik kunjungan daripada pensyarah-pensyarah iaitu Profesor Dr. H. Munzir Hitami, Dr. H. Heri Sumander, dan Dr. H. Suhayib. Dalam pertemuan ini, perkongsian ilmu berkaitan pengurusan wakaf dan wakaf tunai MAIK telah diberikan. Pihak MAIK mendoakan semoga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan dan menjadi dimensi baharu dalam perkembangan dan pembangunan wakaf.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Halaman 3 dari 10

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
763
574
1337
4683401
17675
15292
4688826