Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia
webmaster

webmaster

Etiam sit amet orci eget eros faucibus tincidunt. Duis leo. Sed fringilla mauris sit amet nibh. Donec sodales sagittis magna. Sed consequat, leo eget bibendum sodales, augue velit cursus nunc, quis gravida magna mi a libero. Fusce vulputate eleifend sapien.
#

Antara hartanah wakaf dibawah kawalan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan adalah kediaman wakaf yang terletak di Pintu Geng Kota Bharu. Kediaman wakaf ini diberi sewa dengan kadar yang berpatutan dan hasilnya disalurkan kembali untuk kebajikan umat Islam.

#

Bangunan perniagaan dua (2) tingkat yang terletak di Jalan Che Su Kota Bharu adalah bangunan wakaf yang diberi sewa dan hasil sewaannya disalurkan kepada Tabung Yayasan Pengajian Tinggi (TYPT) yang mana wang daripada tabung ini diagihkan kepada pelajar yang menyambung pengajian ke luar Negara.

#

Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri merupakan antara pembangunan bagi manafaat kebajikan yang telah dibina diatas tanah Wakaf Sultan Mansor. Sistem pendidikan yang baik di sekolah ini, banyak melahirkan para ilmuan dan pelajar yang berpendidikan tinggi.

#

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP) yang bertempat di Panji, Kota Bharu merupakan hasil cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra. Kompleks ini telah dibina di atas tanah wakaf seluas 11.969 ekar yang diwakafkan oleh al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan. Perasmian kompleks ini telah disempurnakan oleh baginda pada 11 November 2006.

Kompleks ini memainkan peranan penting dalam mempertingkat dan memperkembangkan kerja-kerja kebajikan serta pembangunan ilmu. Kompleks ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu;

  • Dewan Utama
  • Dewan Serbaguna
  • Dewan Makan
  • Asrama anak-anak yatim dan pelajar tahfiz
  • Kuarters kakitangan
  • Bilik-bilik kuliah
  • Musalla

Selain menjadi tempat tumpuan aktiviti-aktiviti keagamaan serta Kelas Saudara Baru, kompleks ini turut menempatkan dua entiti utama yang terdiri daripada penghuni Darul Aitam Putera dan juga Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.

#

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sentiasa aktif dalam membantu masyarakat melalui program dan pembangunan yang bermanafaat kepada masyarakat dalam pelbagai sektor ekonomi, keagamaan, sosial dan pendidikan. Pembinaan Bazar Wakaf Rakyat yang terletak di Kampung Getting Tumpat merupakan pendekatan baik yang dilaksanakan kepada golongan asnaf dalam menjana ekonomi keluarga dan seterusnya memupuk kemampuan mereka ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing. Bangunan perniagaan dua tingkat ini disediakan bukan sahaja membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk menjana ekonomi keluarga mereka, malah turut menyalurkan manfaatnya kepada seluruh umat Islam. Antara perniagaan yang aktif dilaksanakan di bazaar ini adalah perniagaan makanan, rumah tumpangan dan kedai serbaneka.

#

Bangunan perniagaan di Jalan Kelocor Kota Bharu merupakan antara pembangunan yang dibina di atas tanah wakaf . Tanah Wakaf ini telah diwakafkan oleh Almarhum Tengku Kaya Pahlawan yang juga antara pewakaf terawal di Negeri Kelantan iaitu sejak tahun 1921. Bangunan ini telah dimanafaatkan dengan aktiviti kemahiran kepada asnaf dan anak lepasan persekolahan yang berminat melalui Bengkel Jahitan MAIK. Bengkel ini menyediakan pelbagai kemahiran menjahit pakaian lelaki dan wanita termasuk sulaman. Hasil daripada sewaan premis ini diagihkan sebagaimana niat pewakaf Tengku Kaya Pahlawan iaitu 1/10 untuk kebajikan dan 9/10 untuk zuriyat pewakaf ini.

#

Premis perniagaan dua (2) tingkat yang terletak di Jalan Dato Lundang Kota Bharu adalah premis wakaf yang diberi sewa, yang mana hasil daripada sewaan premis ini disalurkan untuk kebajikan umat islam

#

Pada 22 Februari 2017, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima rombongan lawatan kerja Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Lawatan kerja ini disertai oleh 15 orang kakitangan Bahagian Pengurusan MAL yang diketuai oleh Encik Mahari Bin Abdul Rahman iaitu Ketua Penolong Setiausaha Pengurusan MAL, MAIDAM.Rombongan MAIDAM disambut baik oleh pihak MAIK yang diwakili oleh Encik Nik Jessim Bin Nik Hashim, Ketua Pegawai Pembangunan dan kakitangan MAIK. Objektif lawatan kerja ini adalah untuk bertukar pandangan antara MAIDAM dan MAIK dalam pengurusan hartanah, pungutan sewaan, penamatan sewaan dan tindakan undang-undang.

Antara pengisian lawatan ini adalah pembentangan gerak kerja pengurusan baitulmal, wakaf, pengurusan projek, undang-undang dan penilaian oleh pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan MAIK dan seterusnya sesi soal jawab dan bertukar pandangan berkaitan pelaksanaan kerja kedua-dua belah pihak.

Semoga lawatan kerja ini akan terus memberi inspirasi kepada MAIDAM dan MAIK dalam pemantapan pengurusan hartanah baitulmal dan wakaf, dan seterusnya hubungan baik antara MAIDAM dan MAIK akan terus terjalin.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

#

Pada 4 Ogos 2016, satu taklimat Waqaf Tunai telah diadakan di Sekolah Menengah Ugama (A) Sullamiah, Kampung Bunut Payong Kota Bharu Kelantan sempena Mesyuarat Pelajar, Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang disampaikan oleh Ustazah Shakirah Bt Mohamad, Pegawai Wakaf Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Hadirin yang hadir telah dimaklumkan berkaitan Waqaf Tunai MAIK khususnya Projek Pembangunan Pondok Bunut Payong serta kaedah sumbangan yang disediakan untuk berwakaf.

Pihak MAIK mengucapkan penghargaan kepada ibubapa, penjaga, guru-guru dan pelajar yang telah memberi kerjasama, sambutan yang baik dan menggalakkan, khususnya kepada pemberi sumbangan waqaf tunai.

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

Disediakan oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

#
www.flickr.com
                  #
egaleri.kelantan.my

 

 

#

Pada 27 dan 28 Mei 2016, rakyat Negeri Kelantan sekali lagi telah dimeriahkan dengan program “Karnival Raudhah Di Hatiku TV9” menerusi pelbagai acara, program dan aktiviti-aktiviti menarik bertempat di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bandar Baru Tunjong Kota Bharu Kelantan.

Para pengunjung juga berpeluang untuk membuat sumbangan Waqaf Tunai di Kaunter Unit Wakaf, Booth Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pelbagai maklumat berkaitan Waqaf Tunai dan Projek Pembangunan Pondok Bunut Payong telah disediakan. Pelan “miniature” pembangunan Bunut Payong turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung disamping mendapat cenderahati percuma daripada pihak MAIK.

Pada masa yang sama, bual bicara khas Waqaf Tunai MAIK telah disiarkan secara langsung dari pentas utama Karnival Raudhah menerusi slot rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O’ TV9 bersama Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan.

Sebelum itu, Unit Wakaf juga telah mengadakan “Road Tour Waqaf Tunai” ke setiap Masjid Mukim di Negeri Kelantan untuk memberi taklimat menerusi edaran risalah dan buku resit Waqaf Tunai bermula 10 Mei hingga 31 Mei 2016. Tambahan lagi, satu siri Khutbah Jumaat khas berkaitan Waqaf Tunai turut dibacakan di setiap masjid mukim dan jajahan seluruh Negeri Kelantan pada 27 Mei 2016 bagi menggalakkan amalan berwakaf.

Pihak MAIK mengharapkan sumbangan Waqaf Tunai ini akan terus meningkat dan mengalu-alukan semua pihak untuk menyalurkan sumbangan menerusi kaunter wakaf di pejabat MAIK/di masjid-masjid jajahan, secara online dengan melayari portal MAIK www.e-maik.my dan waqaf.e-maik.my ; atau didebitkan terus ke akaun Bank Islam 03-018-01-016270-3. Pembayaran melalui cek juga boleh dibuat atas nama Majlis Agama Islam Kelantan.

 

Halaman 8 dari 10

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
782
574
1356
4683401
17694
15292
4688845