Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia
webmaster

webmaster

Etiam sit amet orci eget eros faucibus tincidunt. Duis leo. Sed fringilla mauris sit amet nibh. Donec sodales sagittis magna. Sed consequat, leo eget bibendum sodales, augue velit cursus nunc, quis gravida magna mi a libero. Fusce vulputate eleifend sapien.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pewakaf iaitu Encik Mohammad Bakri Bin Ibrahim, mantan Pengarah Penyelidikan dan Kerjasama Antabangsa Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Beliau dengan suci hati telah hadir ke pejabat MAIK untuk mewakafkan keseluruhan bahagian bagi dua (2) lot tanah miliknya iaitu lot 1962 Mukim Kuau, dan lot 1206 Mukim Tanjong Pauh, Jajahan Bachok untuk dimanfaatkan sebagai Wakaf Am. Pewakafan tanah ini telah disaksikan oleh Puan Shakirah Bt Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan Alfadhil Ustaz Ridhwan Bin Abd Rahman, Pegawai Zakat MAIK.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mendoakan semoga pewakaf dan mereka yang terlibat dengan kerja-kerja wakaf akan dirahmati dan diberi ganjaran pahala berterusan oleh Allah s.w.t.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengucapkan penghargaan kepada pewakaf-pewakaf yang telah mewakafkan Katil Pesakit melalui Program Wakaf Kesihatan MAIK dan dimanfaatkan terus kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.

Pada 21 Februari 2019, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima sebuah Katil Pesakit yang telah diwakafkan oleh Encik Nik Zahidi Bin Nik Omar, yang juga kakitangan MAIK. Katil Pesakit ini telah diserahkan kepada Encik Mohd Udin Bin Saufi, yang telah menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi kronik sehingga menyebabkan beliau sawan dan lumpuh sejak tahun 2017.

Pada 5 Mac 2019, pihak MAIK sekali lagi telah menerima sebuah katil pesakit yang diwakafkan oleh Ashaadi Fandzuri Bin Adnan dan katil ini telah diserahkan kepada Encik Feris Bin Khalid iaitu pesakit kanser lidah yang tinggal di Kampung Batang Bergedik, Gual Ipoh Tanah Merah

Semoga dengan sumbangan Katil Pesakit menerusi Program Wakaf Kesihatan MAIK ini akan memberi keselesaan kepada pesakit dan didoakan semoga mereka diberi kesembuhan oleh Allah s.w.t. Pihak MAIK juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pewakaf dan Rakan Waqaf MAIK diatas sumbangan yang diberikan dan semoga mendapat ganjaran pahala berterusan oleh Allah s.w.t.

flickr

www.flickr.com

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 02hb sehingga 17hb Februari 2019, Unit Wakaf dan Baitulmal telah mengadakan program operasi Kutipaan Sewa di lokasi tapak tanah wakaf dan Baitulmal di bawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Antara lot tanah yang terlibat adalah lot 1155, 607, 578 Mukim Pulau Pisang, lot 284 Kampung Bunga Mas Penambang, lot 193, 266 Kampung Sungai Keladi, Lot 556 Mukim Pulau Kundor, lot 464 Chekok Panji, lot 2080, 2081, 2082 Baung Pengkalan Chepa di Jajahan Kota Bharu, dan lot 922 Mukim Kasa, jajahan Pasir Mas Kelantan.

Dalam operasi ini, 536 orang penyewa tanah wakaf dan hampir 80 orang penyewa tanah baitulmal akan terlibat dalam sasaran kutipan sewaan tanah bagi Tahun 2019. Kaunter Bergerak Sewaan Tanah Wakaf dan Baitulmal dibuka untuk pembayaran sewaan semasa, tunggakan, pengemaskinian maklumat, aduan dan pertanyaan. Kutipan sewaan turut diadakan dari rumah ke rumah sebagai inisiatif untuk mendekati penyewa. Selain daripada itu, promosi Waqaf Tunai MAIK turut disampaikan kepada penduduk-penduduk dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sebelum operasi ini dilaksanakan, pemberitahuan awal telah diberikan kepada penyewa melalui surat, pemasangan sepanduk dan pengumuman dalam khutbah di masjid-masjid berhampiran lokasi tapak.

Operasi ini juga telah mendapat kerjasama baik daripada Polis DiRaja Malaysia (Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu dan Pasir Mas) yang membuat pantauan keselamatan disepanjang program dan operasi ini dijalankan.

Pihak MAIK akan sentiasa proaktif dalam menjalankan tanggungjawab, khususnya dalam menjaga amanah pewakaf selaras dengan kehendak syariat Islam dan undang-undang.

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Unit Wakaf dan Baitulmal MAIK telah menjalankan Operasi Bancian Penyewa Tanah Wakaf Dan Baitulmal di bawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), khususnya di Lot 193 dan 266, Seksyen 28, Kampung Sungai Keladi, Jajahan Kota Bharu. Operasi bersepadu ini dijalankan pada 22hb hingga 24hb Januari 2019 bagi mendapatkan maklumat terkini setiap penghuni penyewa di lot-lot tanah ini.

Operasi bancian dari rumah ke rumah ini adalah inisiatif kakitangan bagi mendapatkan maklumat terkini penyewa dan penghuni rumah di atas tanah MAIK.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengucapkan penghargaan kepada pewakaf iaitu Encik Mohd Rawa Bin Che Abdullah, dengan suci hati telah hadir ke pejabat MAIK bersama isterinya untuk mewakafkan keseluruhan bahagian tanah miliknya di lot 922 Mukim Meranti, Jajahan Pasir Mas untuk dimanfaatkan sebagai tapak perkuburan umat Islam. Pewakafan tanah ini telah disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Mohd Nassuruddin Daud, EXCO Negeri Kelantan, Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan Alfadhil Ustaz Roslee Bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Masjid MAIK, Encik Mohd Helmi Bin Mat Zin, Ketua Penolong Pengarah (Perundangan) Bahagian Koordinasi dan Program Khas Pejabat Setiausaha Kelantan.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mendoakan semoga pewakaf dan mereka yang terlibat dengan kerja-kerja wakaf akan dirahmati dan diberi ganjaran pahala berterusan oleh Allah s.w.t.

flickr

www.flickr.com

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa cakna dengan keperluan masyarakat termasuklah berkaitan kesihatan. Pada 18 Disember 2018, Pihak MAIK berbesar hati untuk membuat penyerahan katil kepada pesakit-pesakit terlantar menerusi Program Waqaf Kesihatan MAIK iaitu hasil sumbangan Rakan Waqaf MAIK.

Program penyerahan katil pesakit ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK mewakili Yang Amat Berusaha Dr. Timbalan Yang Di Pertua MAIK . Antara pesakit terlantar yang menerima manfaat wakaf ini adalah Encik Mat Hussin Bin Yaacob (di Kampung Pek, Jajahan Machang), Encik Mohd Yuslan Bin Bakar (di Bandar Lama Jajahan Machang), Encik Mamat Bin Jusoh (di Kampung Seberang Merbau Jajahan Pasir Mas) dan Puan Siti Minah Binti Awang (di Kampung Chica, Jajahan Kota Bharu). Pihak MAIK turut membuat serahan katil pesakit ini untuk kegunaan penghuni Rumah Sri Kenangan Taman Kemumin Jajahan Kota Bharu Kelantan.

Semoga dengan bantuan katil ini akan memberi keselesaan dan kesembuhan oleh Allah swt kepada penerima katil ini. Pihak MAIK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Rakan Waqaf MAIK yang telah berwakaf dan semoga kalian diberi ganjaran pahala berterusan oleh Allah swt, Insyaalllah. Pihak MAIK sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak untuk bersama menyertai Rakan Waqaf MAIK dan menghulurkan sumbangan bermakna menerusi Kaunter Wakaf MAIK, atau layari portal rasmi www.e-maik.my atau laman web waqaf.e-maik.my untuk keterangan terperinci.

WAKAF TUNAI MAIK “SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

flickr

www.flickr.com

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 02 Disember 2018, satu lawatan tapak projek Pembangunan Muallaf Centre telah diadakan di atas tanah wakaf Lot PT 518 Mukim Kok Keli, Tumpat Kelantan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) Wakaf MAIK Muamalat.

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, telah berkenan berangkat ke tanah wakaf ini bagi memantau sekitar tapak projek Pembangunan Muallaf Centre. Turut hadir mengiringi adalah Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid (Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad), Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi (Timbalan Yang DiPertua MAIK), Yang Amat Berusaha Dr. Luqman Haji Abdullah (Jabatan Fiqh Dan Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), Yang Amat Berusaha Encik Mohd Hafiz Haji Fauzi (Ketua Jabatan Dakwah, Wakaf & Zakat BMMB), Yang Amat Berusaha Encik Nik Mohd Hashim Abd Hamid (Pengurus Serantau Utara BMMB), Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan Bin Ubaidah (Ketua Pegawai Pembangunan MAIK) dan Sekretariat JPB Wakaf MAIK Muamalat. Antara yang turut hadir adalah Yang Amat Berusaha Encik Rosnazli Bin Haji Amin (Ketua Jajahan Jajahan Tumpat), dan pihak Majlis Perbandaran Daerah Tumpat.

Tujuan Pembangunan Muallaf Centre ini adalah sebagai “One Stop Centre” kepada saudara baru Islam yang merangkumi pusat perlindungan dan penjagaan, pembangunan muallaf, bimbingan dan kaunseling serta kebajikan muallaf. Kos pembangunan ini akan menggunakan sumbangan wakaf daripada orang ramai menerusi Wakaf MAIK Muamalat.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK dan Bank Muamalat Maysia Berhad (BMMB) mengalu-alukan orang ramai untuk turut sama menjayakan projek pembangunan ini dengan menyalurkan sumbangan Wakaf MAIK Muamalat melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad: 03010006345710. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah menyalurkan sumbangan wakaf dan semoga kalian sentiasa dirahmati Allah.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 24 Oktober 2018, Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah berkunjung ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi mengadakan Kajian Penyediaan Kertas Permohonan Pengecualian Cukai bagi Sumbangan Wakaf Tunai.

Rombongan kakitangan MAIK yang diketuai oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK bersama Yang Berusaha Encik Mohd Azrai’in Bin Omar, Pegawai Undang-undang MAIK, telah disambut baik oleh pihak MAIPk yang diketuai oleh Yang Berusaha Puan Hajjah Wan Maizura binti Wan Zahari selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, diiringi A.F. Ustaz Suhaimi b. Yusoff, Pengurus Besar Bahagian Mal & Wakaf MAIPk dan Puan Zaleha bt. Wan Din, Pegawai Wakaf MAIPk.

Pihak MAIPk telah memberi taklimat, perkongsian ilmu berkaitan dengan kaedah penyediaan kertas permohonan pengecualian cukai dan percambahan idea berkaitan pembangunan tanah wakaf serta kaedah pengurusan dan promosi wakaf tunai.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak diatas kerjasama yang diberikan. Semoga jalian ukhuwah antara MAIK dan MAIPk akan terjalin dan amanah pengurusan wakaf ini akan terus terpelihara.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 23 Oktober 2018, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang diketuai oleh Yang Berusaha Encik Rusydee Abdullah, Setiausaha MAIK yang mewakili Yang Amat Berusaha Dr.Timbalan Yang DiPertua MAIK, diiringi oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan kakitangan MAIK.

Rombongan pihak MAIK telah disambut baik oleh kakitangan MAINPP yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Shamsul Bahar Bin Abd Rani, Pengurus Baitulmal, Yang Berusaha Haji Fakhruddin Bin Abd Rahman, Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf dan Yang Berusaha Encik Shahril Bin Shahrom Ketua Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Premis.

Ahli rombongan MAIK telah diberi taklimat dan perkongsian ilmu berkaitan pengurusan dan pembangunan hartanah wakaf yang telah dilaksanakan oleh pihak MAINPP, dan sesi taklimat tersebut diteruskan dengan sesi cambahan idea dari kedua-dua belah pihak.

Ahli rombongan MAIK berpeluang untuk Solat Zohor di masjid yang dibina diatas tanah wakaf iaitu Masjid Abdullah Fahim yang terletak di Kepala Batas Pulau Pinang. Seterusnya, lawatan ke tapak projek Wakaf Setee Aisyah turut diadakan bagi melihat pembangunan rumah dan bangunan komersial yang telah disewakan.

Pihak MAIK amat berbesar hati dan mengucapkan penghargaan kepada warga MAINPP kerana memberi kerjasama yang amat baik disepanjang program lawatan kerja tersebut. Semoga jalian ukhuwah antara MAIK dan MAINPP akan terjalin dan amanah pengurusan wakaf ini akan terus terpelihara.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 10 Oktober 2018, satu majlis ringkas penyerahan sumbangan Waqaf Tunai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah diadakan di rumah pewakaf iaitu Puan Hajjah Yusnah binti Mohd Yunus dan suaminya Haji Aris Bin Haji Abdul Moen. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Shakirah binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK mewakili Timbalan Yang DiPertua MAIK untuk menerima sumbangan Waqaf Tunai MAIK sebanyak RM12,000.00 daripada pewakaf.

Pihak MAIK mendoakan semoga pewakaf sentiasa diberi kesihatan yang baik, mendapat rahmat dan ganjaran pahala berterusan oleh Allah swt. Pihak MAIK juga mengalu-alukan mana-mana pihak untuk turut sama menyumbang dalam Waqaf Tunai MAIK, sila layari portal rasmi MAIK di www.e-maik.my dan website waqaf.e-maik.my atau hadir ke Kaunter Wakaf MAIK untuk mendapat keterangan terperinci.

 

“WAQAF TUNAI MAIK”

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Halaman 5 dari 10

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
603
574
1177
4683401
17515
15292
4688666