Call : +609-7481512 | 1-800-88-6060
Email : waqaftunai [at] e-maik [dot] my
Website : waqaftunai.e-maik.my
WhatsApp : 013-7508363
twitter
 
instagram
 
youtube
 
flicker
 
soundcloud
 
wikipedia
webmaster

webmaster

Etiam sit amet orci eget eros faucibus tincidunt. Duis leo. Sed fringilla mauris sit amet nibh. Donec sodales sagittis magna. Sed consequat, leo eget bibendum sodales, augue velit cursus nunc, quis gravida magna mi a libero. Fusce vulputate eleifend sapien.

Pada 10 Oktober 2018, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Delegasi lawatan MAIK ini telah diketuai oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, diiringi oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Bin Che Othman, Ahli MAIK, dan Yang Amat Berusaha Dr. Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang DiPertua MAIK.

Lawatan ini telah disambut baik oleh kakitangan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang diketuai oleh Yang Amat Dihormati Dato’ Setia Ramli Bin Mahmud, Pengerusi PWS, diiringi oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohamad Bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan Tuan Haji Anuar Hamzah Bin Tohar, Timbalan Eksekutif PWS dan Sahibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd. Wahid, Mufti Negeri Selangor.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea dua hala dalam pengurusan pembangunan hartanah khususnya tanah wakaf. Selain daripada itu, perkongsian pelaksanaan strategi meningkatkan penglibatan masyarakat dalam ibadah wakaf turut dibincangkan, demi memastikan manfaat wakaf dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan berpanjangan.

Semoga ikatan ukhuwah antara Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) akan terus terjalin dalam menjaga amanah wakaf dan pembangunan hartanah wakaf berdasarkan hukum syarak.

 

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 8 Oktober 2018, majlis penyerahan katil pesakit dibawah Program Wakaf Kesihatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK mewakili Yang Amat Berusaha Timbalan Yang DiPertua MAIK kepada adik Nor Fatini Damia Binti Burhan yang berumur 16 tahun, bertempat di Kampung Pengkalan Chengal, Bachok. Adik Nor Fatini Damia telah terlantar sakit dan lumpuh sejak 3 tahun lalu akibat daripada kemalangan jalan raya.

Semoga dengan sumbangan inidapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada adik Nor Fatini Damia. Terima kasih kepada Rakan Waqaf MAIK diatas sumbangan yang diberikan menerusi Waqaf Tunai MAIK.

 

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa berusaha untuk memberi pendedahan dan dakwah dalam meningkatkan kesedaran berkaitan “wakaf” kepada masyarakat.

Sehubungan dengan itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan usahasama Yayasan Wakaf Malaysia akan menjayakan satu rancangan dokumentari berkaitan pembangunan wakaf di setiap Majlis Agama Islam Negeri. Sesi penggambaran ini telah dijalankan pada 22 dan 23 September 2018 oleh pihak penerbitan yang dilantik oleh pihak Astro iaitu Syarikat Nuflix Resources yang diketuai oleh Encik Zainal Abidin Arifin sebagai Managing Director dan penglibatan Pencetus Ummah Rahmat sebagai perantara rancangan bakal memberi tarikan rancangan ini.

Dalam sesi penggambaran ini, Puan Shakirah Binti Mohamad iaitu Pegawai Wakaf MAIK telah memberi input berkaitan pembangunan tanah wakaf MAIK secara keseluruhannya. Antara pembangunan tanah wakaf yang ditonjolkan dalam penggambaran ini adalah Pusat Agrotourism Kampung Banggol Kota Bharu (tanah wakaf berkeluasan 95 ekar yang dimanfaatkan sebagai ladang pertanian tembikai), bangunan wakaf di Jalan Kelochor Kota Bharu (sewaan kepada Butik Impian Kalbu dan Bengkel Jahitan dan Sulaman MAIK), serta Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (tanah wakaf khas berkeluasan 12 ekar).

Semoga tayangan siri dokumentari berkaitan wakaf ini yang dijangka akan ditayangkan di saluran Astro Oasis pada bulan November 2018 bakal memberi impak positif khususnya dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman ibadah berwakaf dikalangan masyarakat.

 

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

 

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah badan pengawal utama hartanah wakaf di Negeri Kelantan. Unit Wakaf telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengawal hartanah wakaf dibawah kawalan MAIK.

Hartanah wakaf bukan sahaja melibatkan tanah yang diwakafkan untuk tujuan masjid, kubur, pondok dan sekolah sahaja, malah ia melibatkan sewaan tanah, premis serta gudang wakaf yang mana hasil sewaannya dikembalikan semula kepada masyarakat melalui pelbagai program wakaf.

Unit Wakaf sentiasa menjalankan lawatan dan pemantauan secara berkala bagi memastikan harta-harta wakaf terjaga dan terkawal. Pada 8 September 2018, Puan Shakirah Bt Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK bersama Puan Rohayu Bt Rozi, Penolong Pegawai Penilai MAIK dan Encik Mohd Zainuldin Bin Ab.Murad, Jurutera Kanan MAIK, telah membuat lawatan ke rumah-rumah wakaf di Jajahan Pasir Puteh dan Kota Bharu. Lawatan ini bertujuan untuk membuat pemantauan kerosakan, dan mendapatkan aduan penyewa.

Pihak MAIK sedaya upaya akan memastikan amanah yang diberikan oleh pewakaf akan sentiasa dijaga dan terpelihara mengikut hukum syarak. Semoga pewakaf, penyumbang wakaf dan mereka yang manghidupkan amalan wakaf ini mendapat rahmat dan ganjaran berterusan daripada Allah SWT.

 

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

 

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 5 September 2018, satu Majlis Penyerahan Wakaf Buku menerusi Program Wakaf Pendidikan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah diadakan di Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu Kelantan.

Melalui program ini, sebanyak 288 buah buku terbitan MAIK akan diagihkan kepada sekolah-sekolah terpilih dan Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu Kelantan telah terpilih sebagai sekolah pertama menerima Wakaf Buku MAIK.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd. Hadi, Timbalan Yang DiPertua MAIK diiringi oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK. Pihak MAIK telah menyerahkan 48 buah buku dengan 24 judul berbeza kepada Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) yang diwakili oleh pengetuanya iaitu Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mansor Bin Haji Daud.

Buku-buku yang diwakafkan ini dibeli menggunakan hasil daripada sewaan hartanah wakaf. Diharap buku-buku berkualiti terbitan MAIK ini menjadi sumber rujukan kepada pelajar-pelajar Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan.

Dalam majlis tersebut juga turut diadakan taklimat dan Kuiz Wakaf. Seramai 10 orang pelajar telah berjaya menjawab dan memenangi hadiah dalam Kuiz Wakaf yang diadakan.

Semoga warga Sekolah Maahad Muhammadi terus cemerlang dan terus memanfaatkan Wakaf Buku menerusi Program Wakaf Pendidikan MAIK.

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

 

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa cakna dengan keperluan rakyat Negeri Kelantan dalam pelbagai aspek termasuklah dalam aspek kesihatan.

Pada 13 Ogos 2018, satu majlis penyerahan katil hospital dibawah Program Wakaf Kesihatan MAIK telah disampaikan kepada pesakit kanser hidung di Kampung Bakong Pasir Mas Kelantan. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK mewakili Yang Amat Berusaha Timbalan Yang DiPertua MAIK. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu, memberi manfaat serta keselesaan kepada pesakit.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa bergerak aktif dalam menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat berkaitan pengurusan wakaf dibawah kawalan MAIK.

Pada 8 Ogos 2018, satu Taklimat Kesedaran Wakaf dan Wakaf Tunai MAIK telah diadakan di Dewan Sri Nilam, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu yang disampaikan oleh Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK.

Kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu memberi kerjasama yang baik dan turut memberi sumbangan yang sangat menggalakkan melalui Kaunter Waqaf Tunai yang dibuka sepanjang sesi taklimat.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan akan diberkati dan diberi ganjaran pahala yang berpanjangan oleh Allah s.w.t.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah pengawal tunggal yang menguruskan hartanah wakaf di Negeri Kelantan sebagaimana Seksyen 61 Enakmen MAIK bil 4/1994. Sehubungan dengan itu, MAIK sentiasa komited dan proaktif dalam pengurusan hartanah wakaf kearah yang lebih dinamik dan progresif.

Pada 11 Jun 2018, pihak MAIK bersama UDA Waqf Sdn Bhd telah membuat lawatan ke tapak tanah wakaf yang berpotensi untuk cadangan pembangunan di sekitar Jajahan Kota Bharu dan Tumpat. Melalui lawatan ini, ia memberi gambaran sebenar suasana persekitaran tapak sekaligus memberi inspirasi cadangan pembangunan yang bakal diusul. Sesi perbincangan turut diadakan antara MAIK dan UDA Waqf Sdn Bhd yang dipengerusikan oleh YABrs Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang diPertua MAIK. Antara yang turut hadir adalah Setiausaha MAIK, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Pegawai Pengurusan Projek MAIK, Pegawai Wakaf MAIK, Penolong Pegawai Tanah MAIK, Arkitek, dan UDA Land Wilayah Timur.

Pihak MAIK sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin melaksanakan wakaf dan mengimarahkan pembangunan wakaf mengikut hukum syarak. Semoga Allah s.w.t merahmati dan memberi ganjaran pahala berpanjangan kepada pewakaf serta mereka yang bekerja menggerakkan wakaf.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Majlis Penyampaian Agihan Manfaat Wakaf Kepada Masjid-Masjid Terpilih di Negeri Kelantan telah diadakan pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H bertempat di Tingkat 2 Dewan Tazkirah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Nik Jessim Bin Nik Hashim mewakili Yang Amat Berusaha Timbalan Yang DiPertua MAIK yang diiringi oleh AlFadhil Ustaz Murtadha Bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK dan Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK.

Sumbangan hasil manfaat wakaf sebanyak RM109,000.00 telah disalurkan kepada 33 buah Masjid Mukim terpilih menerima RM3,000.00, manakala 2 buah masjid iaitu Masjid Ismaili Tumpat dan Masjid Mukim Bunut Payong Kota Bharu menerima RM5,000.00 sebagai penerima tetap hasil manfaat wakaf.

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab sebagai Pengawal Tunggal bagi harta-harta wakaf di Negeri Kelantan sebagaimana Seksyen 61 Enakmen MAIK bil 4/1994, selaras dengan visi MAIK untuk menjadikan sebuah organisasi pengurusan wang zakat dan pengurusan harta baitulmal dan wakaf yang terunggul di Malaysia.

Didoakan semoga Allah SWT merahmati semua pewakaf, keluarga, sahabat, serta mereka yang membantu kerja-kerja wakaf dikurniakan ganjaran pahala berkekalan hendakNya.

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Pada 22 Mac 2018, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mempelajari pengurusan pembangunan projek dan hartanah wakaf yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIWP.

Ahli rombongan MAIK yang diketuai oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang DiPertua MAIK, telah disambut baik oleh kakitangan MAIWP yang diketuai oleh Yang Amat Berusaha Encik Mohd Ajib Bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MAIWP.

Dalam lawatan kerja ini, ahli rombongan berpeluang melihat pembangunan projek wakaf iaitu Menara Imarah Wakaf atau juga dikenali sebagai Menara Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang terletak di lot 168 dan 169 Jalan Perak Kuala Lumpur. Tanah seluas 1.21 ekar ini telah diwakafkan oleh Almarhum Ahmad Dawjee Dadhaboy yang terletak di lingkaran segitiga emas Kuala Lumpur dan dimanfaatkan dengan pembinaan bangunan setinggi 34 tingkat melalui kerjasama strategik antara MAIWP, Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Diharap melalui lawatan ini, hubungan dua hala antara MAIK dan MAIWP akan terus terjalin dalam memacu pengurusan hartanah wakaf dibawah Majlis Agama Islam Negeri ke arah yang lebih progresif demi manfaat umat Islam seluruhnya.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Halaman 6 dari 10

Hubungi Kami

Bilangan Pengunjung

Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
476
574
1050
4683401
17388
15292
4688539